Friday 10 December 2021

Sambutan Hari Kanak-Kanak SRAI

Kalau tahun-tahun sebelum Covid ni, bulan 12 kira last sekolah. Masuk tahun baru dah naik darjah. Tapi, kali ni berbeza. Selepas cuti sekolah bulan 12 ni, sesi persekolahan dilanjutkan hingga bulan Feb 2022. Bulan Mac 2022 baru naik darjah. 


Walaubagaimanapun, semalam 10/21, SRAI ada buat sambutan dan jamuan sikit sebagai penutup sesi persekolahan tahun ni. Sambutan dan jamuan dalam kelas masing-masing saja. Belajar macam biasa, jamuan waktu rehat. Tema Kerjaya Impian

 Kapten Hanif & Leftenan Zana 🥰

Kakak pakai baju SUKPA 2019. Angah Ummi beli T-shirt di Giant, RM8, warna green army dan track bottom celoreng RM15, di Pasaraya Canggih. Setel. Walaupun bukan kerjaya impian depa tapi guna pakai je apa yang ada dan mur-mur :D Baju seluar Angah tu boleh buat basahan lepas ni... 

Semalam pun tak ramai yang mengikut tema... Pakai baju Melayu, baju kurung je. Yang tak datang pun ramai hihi.. 

Tapi, bab jamuan meriah! Limpahan rezeki tu sampai ke rumah :D 

Dari kelas Angah...

Dari kelas Kakak...

Alhamdulillah kami pun tumpang kenyang :)

Cantik hand sanitizer casing ni. Suka Kakak...

Selamat bercuti! 

14 comments:

  1. Hehe banyak makanan dapat boleh bawa balik.
    Tidak ramai datang sebab sudah pergi berjalan agaknya.

    ReplyDelete
  2. wah meriah juga jamuan dia...
    kelas abam aqeem x dapat la join sbb dia group last week sek hahhaa ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekolah depa ni buat 2 sesi makan2 utk kedua2 group.
      Adil gitu hehe

      Delete
  3. Alhamdulillah...
    Dapat juga anak-nak meraikan hari bahgia mereka tahun ini..

    ReplyDelete
  4. Seronoknya ada jamuan macam ni . Meriah

    ReplyDelete
  5. Rezeki 1 family dapat makan sama-sama pula..hehe

    ReplyDelete
  6. banyak aktiviti di sekolah yang tak dapat dibuatkan sejak pandemik ni, kesian dekat anak2 yang baru masuk ke sekolah beberapa bulan saja pergi sekolah, moga selepas ini keadaan akan kembali seperti biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya begitulah Mama AA.
      Semua sihat ke tu?
      Lama mama x update blog :)

      Delete