Thursday, 9 December 2021

Bunga Kenanga

Bunga Kenanga, bunga klasik favorite Ummi. Masa di matrik dulu nickname Ummi di kalangan kawan-kawan rapat 'Kenanga' sebab nak samakan dengan seorang kawan Ummi yang nama hujungnya 'Dahlia'. Ada yang pilih nama Melati, Cempaka malah Siti Tanjung Perak pun ada! Sempena nama bunga Tanjung. Kelakar pulak bila diingat semula :D 

Ummi suka bunga kenanga sebab bentuknya unik dan baunya harum. Bunga tanjung, bunga melor pun wangi. Kesukaan Ummi juga. Bunga tanjung Ummi suka petik letak dalam buku masa di U. Bunga melur pula kecik2 dulu suka selit di tepi telinga. 


Jumpa pokok kenanga di tepi surau sekolah masa tanam pokok neem Angah minggu lepas. 

Kuntuman yang belum matang warnanya hijau ๐Ÿ’š

Kata Acik Cleaner, jenis ni kurang wangi. Yang warna putih lagi wangi. Ini pokoknya... 

Tapi sayang, takde bunga :( 

Hujung laman bunga kenanga
Tumbuh melitup balik semalu
Indah taman kerana bunga
Indah hidup kerana ilmu 

Credit Pantun: Radio Klasik 




18 comments:

  1. dulu masa kat rumah lama, mmg ada pokok bunga kenanga ni blkg rumah.. adoii paling x suka bau dia hahaha kuat sangat...

    ReplyDelete
  2. Betul-betul sebaris dengan pintu dapur rumah di kampung arwah nenek PC ada tanam pokok bunga kenanga ni..sejak arwah tanam sampailah hari ini alhamdulillah tak pernah putus bunganya. Bila balik kampung, bila buka pintu akan terus nampak pokok tu dan terus ingat arwah..sayu..

    ReplyDelete
  3. Kalau mengenang zaman belajar, seronok dan terasa muda sekejap hehe

    ReplyDelete
  4. Haah wangi pokok bunga kenanga. Lalu satu tempat ada orang bela memang jalan tepi akan pergi bau.

    ReplyDelete
  5. wangi sangat ni PH, kak ana macam nak plan juga buat taman pokok yang berbau wangi macam kenangan, melur kan... klasik sangat

    ReplyDelete
  6. Bunga kenanga ni kat kampung saya depa panggil bunga pisang.Tak tau celah mana pisangnya๐Ÿคญ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye? Tak pernah dengar pula. Mungkin sbb bunga tu macam bunga pisang yg dlm jantung pisang tu kot MC? Kan berjejari juga bentuknya...

      Delete
  7. Tak berapa tahu pasal bunga. Baca artikel ni dapat juga sedikit pengetahuan pasal bunga hihi

    ReplyDelete
  8. Kalau tengah mekar berbunga, akan harum pada waktu senja dan malam
    Meremang bulu roma

    ReplyDelete