Wednesday, 8 December 2021

Kari Udang bersama Daun Bawang

Kari Udang bersama Daun Bawang ni favorite arwah Tok Wan, selain dari Udang Go Nyo :) Bila dah jadi kesukaan Tok Wan, automatically jadi kesukaan Ummi juga. Zaman tu tak pandai nak request, apa yang Tok masak itu yang Ummi makan. 


Sebab ni resepi cara Tok, takde sukatan bahan-bahannya. Main agak-agak, main campak-campak je...

Secara ringkas resepinya; 
1. Tumbuk bawang merah + bawang putih + halia hingga lumat
2. Panaskan minyak dan tumis halba campur (biji sawi + halba + jintan manis + jintan putih) hingga naik bau
3. Masukkan pula bahan tumbuk dan tumis hingga kekuningan
4. Masukkan daun kari
5. Bancuh serbuk kari udang bersama sedikit air (jadikan pes) dan tuang ke dalam kuali. Tumis hingga pecah minyak
6. Masukkan udang bersama sedikit air dan air asam jawa
7. Bila kulit udang bertukar warna, masukkan santan dan kacau sebati. Biarkan mendidih seketika
8. Kemudian masukkan daun bawang yang dipotong kasar. Kacau seketika

9. Masukkan garam secukupnya. Tutup api. Siap! 

Kuah Kari Udang style Tok ni cair-cair sikit. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas. 

Rindu Tok. 






8 comments:

  1. Ingat kuah lemak udang tadi.. Br pasan kari rupa nyaa... Ni kari style belah2 utara kan

    ReplyDelete
  2. Suka kuah kari ceroi (cair-cair). Manis udang lebih dari kari ni..tentu sedap..

    ReplyDelete
  3. Ada masa rasa nak kari pekat melekat.Ada ketika kita lebih berselera dengan kuah yang cayaq ceroi kan...Selera kita berubah-ubah..Boleh bayang sedap manis pangkal daun bawang dimasak kari..sedapnyaa

    ReplyDelete
  4. Sedap menghirup kuah kari ceroi ni

    ReplyDelete
  5. Sedapnya… ini kalau dapat kat saya memang confirm hirup kuah bersudu-sudu ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  6. Tidak pernah makan lagi lauk begini.

    ReplyDelete
  7. sedap menu tu...lpr plak sbb blum bfast

    ReplyDelete