Wednesday 22 December 2021

Beg Speedmart

Terjebak sudah dengan multipurpose bag Speedmart ni. Mula tu Walid beli satu. Mai tang Ummi beli dua terus. Ala, RM2 je. Mudah sangat nak isi barang kering ke barang basah ke. Saiz sedang elok; tak terlalu besar macam beg IKEA atau terlalu kecil macam beg Mr DIY yang seringgit tu. Material macam beg IKEA. Kelebihannya kalau rosak/koyak ke boleh tukar ambil yang baru di mana-mana outlet Speedmart, provided that ada stok kat kedai tu. 

Dah namanya multi purpose kan .. 
Isi baju kotor...

Isi buah tangan untuk anak-anak buah masa balik kampung minggu lepas. Beli lagi 5 unit, bagi mil, ipar & biras sorang satu. 

Bagus idea Speedmart ni, strategi pemasaran yang murah, bukan murahan ye :) Dengan warnanya yang terang, sangat menarik perhatian. Masuk Wellmart baru ni, adik cashier tegur "akak bawak beg ye...". Masuk 9 pek Vitagen (satu pek 5 PCs) dalam tu selamba je Ummi bawa. Means, tahan lasak beg ni. 

Rasanya tak lama lagi banyak kedai akan tiru idea ni. 

15 comments:

  1. Kan kualiti camni yg bagus kan. Tahan lasak.. Tp klu koyak mmg bole tkr je eh? Bagusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah katanya Ako, boleh tukar kalau rosak.

      Delete
  2. best jgk ade beg ni.. blh gne isi mcm2.. bkn stakat utk shopping je.. hihi

    ReplyDelete
  3. Aha di Selangor tidak digalakkan guna beg plastik.
    Bagus juga boleh guna untuk lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye NA, kena caj 20 sen utk setiap beg plastik.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. aida ada byk beg ni.
    ikea. mr diy. pantang nampak menarik,mesti beli.
    now jadik beg utama nak camping.
    isi barang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Better than non-woven bag sebab tahan lasak

      Delete
  6. Rosak, koyak..boleh tukar percuma saja? Menarik sangat gitu 😃

    ReplyDelete
  7. wah...menarik la kalau rosak boleh tukar percuma..
    Semua Speedmart ada ke?
    Nak cari jugaklah...selalu je belanja kat Speedmart tapi tak perasan pula beg ni

    ReplyDelete
  8. baru berkesempatan ziarah blog Pn Hazel..sy pun nak beli lah beg ni ..boleh pakai seumur hidup ..hahah..betulkan kalau rosak boleh tukar ..

    ReplyDelete
  9. Skrg ni kalau masuk supermarket mmg standby bawak multipurpose bag. Rasa rugi bayar 20sen utk plstik bag yg bila sampai rumah je confirm bocor.nak guna utk buang sampah pun dh x boleh

    ReplyDelete