Niat balik kampung untuk bertemu ahli keluarga, ziarah saudara mara, makan-makan, jalan-jalan semuanya Allah perkenan dan permudahkan, alhamdulillah.
Dari Ahad ~ Sabtu, seminggu jugalah balik kampung kali ni. Seminggu jugalah Ummi 'tutup kedai' (baca:blog) sebab nak fokus pada keluarga tercinta dan segala aktiviti di kampung. Dah setahun tak balik kan...
Sampai di sini, roger Makcik yang dah stand by di SP. Janji temu kami di Juru Auto City, tepi highway senang nak keluar masuk semula.
Mak mentua minta buatkan kuih lopes. Versi short cut guna guna rice cooker pernahlah buat. Ini versi gulung dalam daun pisang memang bercinta nak siapkan. Sudahlah seperiuk besar pulut Tok Umi tanak 😅 Mujur Maklong tolong masak air gulanya.
Makan malam berkonsepkan steam boat & grill di Cafe Kolej Height Utara. Penajanya Hana Homestay. Alhamdulillah rezeki jangan sesekali ditolak :)
Bawa Sang Ratu untuk temujanji pertama di Mergong. Walid proposed ambil Grab ke Pekan Rabu tapi sekejap je rupanya di sini. Terus ke Pekan Rabu, cari jubah putih untuk Abang. Sekolah minta sediakan jubah putih untuk dipakai waktu solat dan prep malam.
Sampai di rumah sepupu, Maksu Fidah tengah bungkuih nasi lemak untuk jualan. Takkan tak rasa sebungkuih dua :D
Khamis pagi bertolak ke Penang, family day. Macam biasa, budak-budak ni main tukar kereta; Abang naik kereta Paksu, Alya naik kereta Pakngah (Walid ler tu :)...
Tok Teh layan hero2 nak kait dan minum air kelapa. Ni on the way balik ke Gombak, singgah di Manjoi. Tok Umi nak balik kampung. Rindu nak ziarah pusara Nenek dan Wan dan jumpa kawan-kawan Tok Umi.
Akhirnya kembali juga ke sarang :)
Mendobilah kita...
Hati-hati semua ye. Ada tempat dah mula banjir ni .. Di kejiranan kami pun khabarnya dah 3 hari hujan, non stop.
الله يسهل aamin.
Rindunya nak ke utara..sejak dah besar ni, memang jarang sangat balik ke sana
ReplyDeleteSyaz asal mana?
DeleteAmboi penuh perancangan. Alhamdulillah terisi masa berjumpa saudara-mara di utara.
ReplyDeleteSetahun kot planning haha
DeleteWahhh....seminggu
ReplyDeleteSeronok la anak-anak dapat jumpa sepupu sepapat.Saya balik sorang ja naik bas..Tak puas pulak sekejap saja.Semoga ada lagi rezeki kita semua nak balik lagi
Itupun depa cakap tak puas MC :D
Delete