Bermula 17/4/2021 program Geo Tree Challenge ni bermula akhirnya sampai juga ke penghujungnya. Hampir 8 bulan juga kami membelanya.
Pertandingan sepatutnya habis bulan 11, untuk kumpul dan submit journal tapi diawalkan ke 1/10/2014 supaya sempat masuk rekod PAJSK. Lepas dah submit tu rasa lega sungguh! Iyelah, hari-hari kena siram dan rekod di app Geo Tree. Nak siram tu takde masalah, memang hari-hari Ummi siram pokok. Tapi, selalu lupa nak rekod dalam apps. Satu kali siram, 100 markah. Ikut time juga. Selalu je Ummi siram waktu pagi tapi update dekat apps petang. Dah kena potong 10 markah π
Setiap 2 minggu pula kena membaja, pruning, merumput dsbnya. Paling struggle nak kena kira daun pokok, diameter batang dan kanopi sebulan sekali. Satu-satu kena kira daun ya... Adoi :D
Perlukan komitmen sangat tinggi masuk pertandingan ni hehe... Walaupun Kaknom selalu ingatkan nak rekod itu rekod ini kadang tu lupa, sampai stress juga haha...
Seeing the progress is an achievement itself. Kalau tak kerana serangan bena putih, lagi rimbun pokok Angah.
Markah terakhir Angah, sehari lepas submit rekod. Yang berjaya bolos untuk final list is Adam je. Ada juga wakil SRAI, alhamdulillah.
3/12/2021 kami ke sekolah untuk tanam pokok. Ikutkan 4/12 tu penanaman serentak di seluruh negara tapi disebabkan kekangan SOP dan aktiviti ko-ku masih tidak dibenarkan secara bersemuka maka diberi pilihan kepada sekolah untuk pilih tarikh sendiri dan pilihan kepada peserta untuk tanam di sekolah atau di rumah sahaja.
Hanya 3 orang dapat turut serta tempohari; Zafar, Adam dan Angah.
Zafar pakai baju ala engineer sebab that day Team A sambut Hari Kanak-Kanak bertemakan kerjaya impian. Angah & Adam PdPR masa ni. Jumaat ni baru ada sambutan serupa untuk Team B.
Baca sini: Hari Kanak-Kanak 2018
Sini pula: Hari Kanak-Kanak 2019
Apapun alhamdulillah dah berjaya jaga amanah yang diberi. Ada rasa seronok dalam hati bila dapat menyumbang walau sepohon pokok pada sekolah hihi .. Tak sabar nak tengok perkembangan pokok ni lepas ni. Tercipta satu kenangan untuk kami terutamanya Angah dan kawan-kawan peserta yang lain. Terima kasih Cg Fasiha dan Cg Imah sudi jadi guru pengiring dan Pak Dol tolong tanam pokok. Paling besar sumbangan, YDP dan Kaknom yang sponsor benih pokok untuk semua peserta. Jazakallah π
Tahniah untuk Adam yang berjaya dapat tempat pertama bagi kategori pembajaan. Well deserved πππ
Alhamdulillah dapat menyumbang sepohon pokok di sekolah. Ada apps cekap, lambat update potong markah :)
ReplyDeletetahniah oii
ReplyDeletebukan senang nak tanam
nnti carilah baja yg elok sikit tuk bagi cepat besat and gemok.
milagrow ke..
baja organik gambar cap kepala ayam jantan ke.
Tahniah! Bukan kerja senang nak merekod progress, kira daun semua tu … hehehe tang pokok membesar ikut saiz tuan tu comel π
ReplyDelete