Monday 6 December 2021

Farewell untuk Dahlia

Salah seorang GENG MAIN depa, Dahlia nak pindah, officially semalam. 

Jumaat lepas KL CUTI jadi ibunya ajak piknik depan rumah. Ibunya ordered McD manakala Ummi dan Mama Aisyah sumbang food sorang sikit. Cik As pun sempat juga mengantar 2 kotak donut sebelum bertolak ke Kuantan. 

Cik Leha bawa anggur dan kuih peneram.

Depa ni makannya sikit je, main yang lebih... 

Paling best depa main belon air. . 

Dari Dahlia...

Dapat botol air sorang satu ...

Untuk Dahlia, dari Adik dan Kakak...

Pokok betul ni... Dahlia jaga elok-elok pokok ni ye. 

Ini pula dari Ummi untuk nenek Dahlia. Bolehlah tanam di rumah baru :) 

Selain sedih nak berpisah dengan Dahlia sekeluarga, sedih juga nak berpisah dengan kucing-kucing depa; Tabby, Baby, Puma dan Leo. 

Puma tapi kami panggil Black Panther.  Malam-malam datang rumah cari tulang ikan/ayam. Hensem 'mamat' ni :D 

This one is our favorite, sebab dia manja. Sebijik macam ayah dia, Ashelot tapi kurus sikit. 

Bye Ta-ta
Tuannya bagi nama Leo, kami panggil Cheetah aka Ta-ta 💝

Seronok berjiran dengan keluarga Dahlia. Ummi rapat dengan neneknya, Ustazah. Boleh sembang apa saja dengan beliau, tempat rujukan, tempat berkongsi rasa malah Ustazah watak penting yang sama-sama membantu dan menunjuk ajar Ummi sewaktu Tok meninggal tahun lepas. Banyak kenangan dengan Ustazah. Perkenalan dan silaturrahim yang melekat di hati. Moga berjiran pula di syurga abadi aamin. 

Keep in touch ye! 

16 comments:

  1. Nanti lawat keluarga Dahlia di rumah baru.
    Ya semoga berhubungan.

    ReplyDelete
  2. Sweetnya Dahlia dan geng main tukar-tukar hadiah. Moga jarak tidak menjadi penghalang untuk mengekalkan silaturahim yang telah terjalin 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah, cuma takleh rapat macam dulu sebab jarak :(

      Delete
  3. Sedihkan bila jiran yg baik pindah. Semoga ukhwah yang terjalin terus dikekalkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Ammi, rezeki kami juga dapat jiran2 yang baik alhamdulillah.

      Delete
  4. Replies
    1. Itulah Wak, susah nak dapat jiran baik macam Ustazah ni.

      Delete
  5. meriahnya
    mudahan ukhwah sampai jannah
    kita ni bila nk ngeteh>?
    ekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom arr, bawa anak2 sekali :)

      Delete
    2. ahaha. ntah bilalah kan.
      cer try roger ena mak wafi. hihi

      Delete
  6. Jiran sepakat membawa berkat.
    Pindah jauh ke tu? Takpe nanti boleh ziarah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah jauh sangat Mrs A, cuma takleh nak main sama-sama itu yg sedih hihi

      Delete
  7. Jiran yang baik itu salah salah satu rezeki.Semoga yang duduk rumah tu lepas ni juga akan menjadi jiran yang baik

    ReplyDelete