Thursday 14 October 2021

Water Cut Day 2 ~ Masih Bertahan

Hari ni Ummi goreng mee untuk sarapan manakala lunch pula panaskan lauk yang Ummi masak Isnin & Selasa lepas. Masak nasi je.

Today's lunch.

Sambal belacan ni pun buat siap-siap. Makan ulam mentah je time takde air ni,  jimat air tak perlu masak sayurnya. 
 

'Tabung air' Ummi banyak dah mula kosong :( 

Ini pula 'tabung' yang masih penuh. Untuk masak atau buat minum cukup bekalan انشاء الله. 

Cuma untuk mandi setakat hari ni je rasanya dapat mandi dengan selesa. Jika berterusan air belum ada, nak mandi koboi pun tak cukup rasanya. Kena mandi ala Bujang Lapok jawabnya; celup jari sapu di mata je haha .. 

Tanpa dijangka, sekitar jam 8 malam, bekalan air mula pulih. Alhamdulillah syukur. Kali ni sekejap je lah berbanding sebelum ni yang mana kawasan kami antara yang lewat dapat bekalan. Bila dengar je air mula naik ke tangki,  dia punya seronok tu taktau nak habaq :D 

Tak sabar nak mendobi pakaian! Sakit kepala dah ni tengok baju kotor bertimbun 😇😇😇


12 comments:

  1. Dugaan sungguh kalau tak ada air kan.
    Apabila datang semula bekalan air, memang syukur tak terkira!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Amie, terasa nikmat betul ada air tu :)

      Delete
  2. Rasanya dari dahulu tidak habis masalah air di Lembah Klang. Ingat masa belajar universiti di sana ada masalah ini juga.
    Bertabah ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang NA, dari tahun 1990-an lagi dah ada krisis air di Lembah Klang ni :(

      Delete
  3. memang menduga betul kalau takde air.. kalau kita yg perempuan ni sedang tak suci lagilah payahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Ammi, bila takde air tu mmg susah serba serbi :(

      Delete
  4. Xde letrik xpe jgn xde air... mmg resah gelisah... br dgr dr berita radio jap td ada kwsn dh pulih bekalan airnya kn? awal drpd jadual... syukur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kali ni Gombak dapat air awal :)

      Delete
  5. air adalah sumber paling penting

    hargailah air.. 👌👌

    ReplyDelete
  6. Harap2 masal gangguan air dah dapat diatasi

    ReplyDelete