Monday, 25 October 2021

Staycation @ Aloft, KL Sentral

Sejurus sebelum kami angkat luggage, bekalan air mula pulih. Tapi, memandangkan dah check in (Walid singgah ambil key during lunchtime tadi), hajat 'lari dari ketiadaan air' diteruskan. Bayaran pun dah dibuat jadi kita proceed.

Kami pilih Aloft kerana dekat dengan KL Sentral, easy to commute sebab Jumaat Walid kerja. 

Here is our room; Attic King Room...

Katil besar, bilik besar memang puashati. Harga semalam RM180. 

Kat ruang antara katil dan sofa ni boleh main, solat jemaah,  makan berjemaah dan tidur berjemaah juga :D Bangun pagi esok tu nampak 'hantu bungkus' seketul πŸ˜‚

Adik ponteng sekolah Jumaat tu. 
Melukis dan mewarnalah kerjanya .. 

Ini pula bilik air dan wardrobe... 

Ada bath robe, iron, iron board, safety box semua complete, sesuai dengan 4-star rating for this hotel. 

Separated shower and toilet.

Abang ada online class malam tu ... Selesa sungguh dah goyang kerusi tu. 

Bilik kami di 20th Floor, jadi boleh nampak view yang cantik.

Yang melengkong-lengkong tu KL Sentral. 

Depan tu adalah Hilton, Le Meridien, Q Sentral and St Regis. 

Selain bilik yang selesa dan view yang  cantik, pool juga sangat-sangat awesome. 

 Pool dibuka seperti biasa, dari 7am-7pm. Buka seperti biasa means no need to pre-book our time slot.  As long as you are the hotel guests, you are welcome to enjoy this facility. Of course we need to adhere to the new norm and SOP. 

Kids pool. 

Changing room dan toilet super clean πŸ‘
Hujung sebelah sana pula ada bar. 

Memang menarik dan berbaloi stay di sini. 

Aloft KL Sentral
No 5 Jalan Stesen Sentral
KL Sentral
50470 Kuala Lumpur
Tel No: 03 2723 1188 




28 comments:

  1. Strategik. Kalau saya jalan-jalan sekitarnya. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH suka stay dalam hotel je, malas nak usung budak4 ni hehe

      Delete
  2. Wahhh.. sangat berbaloi3 dgn regenya Pn Hazel

    ReplyDelete
  3. Luas biliknya. Selesa bila beramai ramai ni. Sesuailah dengan harganya. View pun lawa sangat tu. Seronoklah masing masing dapat mandi pool.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidur hotel, mandi pool itulah kesukaan anak4 Fiza :)

      Delete
  4. wahh best tuuh smbil jalan2 tdo hotel ., ;p

    ReplyDelete
  5. eh sama la sis! saya pon baru pegi aloft minggu lepas

    ReplyDelete
  6. Kalau cenggini takde air selalu pun seronok eh! hahahaa...
    Nampak berbaloi-baloi PH hilang stress memikirkan ketiadaan air kan

    ReplyDelete
  7. OK next time bole try sini jgk la hehehe...

    ReplyDelete
  8. Cantik hotelnya Pool pun nampak indah view sekeliling, lama tak keluar, tak da air, memang rancangan macam ni pun best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pool memang superb. Kalau tak takdenya Ummi depa pun terjun sama ahaks!

      Delete
  9. Berbaloi....
    Anak-anak pastilah double triple seronoknya...Hikmah tak ada air...hihihi

    ReplyDelete
  10. seronok betul bercuti tu
    kemain budak2 mandi kolam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu anak4 je, belum tengok mak ayah depa lagi Cik Ayu haha...

      Delete
  11. anak² sy pun request tdo hotel.. diorg ckp kwn² diorang dah boleh tdo hotel... hahaha.. budak² ni pun dah boring asik terperap dlm umh je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit lagi, naik fasa nanti bawa kids tido hotel Kakmim :)

      Delete
  12. 180 not bad.. Ada breakfast tak tu?
    Yang penting swimming pool dah buka without having to pre-book dan mandi ikut masa yang ditetapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exclude breakfast Ammi.
      Ramai2 gini kita beli food kat luar je la :(

      Delete
  13. Replies
    1. Yes Ily, bawa anak2 datang sini mesti depa suka :)

      Delete