Friday, 15 October 2021

Cuti-Cuti Putrajaya 2021

Cuti-Cuti Putrajaya masa Lembah Klang beralih fasa PPN hari tu. First staycation after months of travel/cross district restrictions. Bagi anak-anak hirup udara luar dari Gombak  :D 

Dari Gombak ke Cyberjaya dulu sebab belum pernah ke sini. Nak juga jejak kaki, sekali pun jadilah. Adalah modal nak sembang haha... 

Menarik dan tenang je Cyberjaya ni. Well planned city macam Putrajaya juga. 

Kids Tech Center ni tutup. Katanya banyak aktiviti berfaedah untuk kanak-kanak di sini. 

Dash Box Hotel pun masih ditutup, jadi private quarantine center masa ni. 

Cari Animonsta Studio, 2-3 kali Waze bawa ke office MAGIC ni. Agaknya dalam office complex ni kot. Nak masuk tak boleh jadi terus ke Putrajaya. 

Recce dulu tempat bermalam...

Then, beli lunch di Nasi Lan Kedah, Precinct 14. Masih tak dibenarkan dine in jadi tapau saja nak family set RM70++. Set ni untuk 4-5 orang makan. Sampai ke malam makan baru habis. Portion besar 

Di Precinct 14 ni juga ada Mydin. 2x Ummi mai shopping kat sini hehe .. lama dah tak masuk mall 🀭 Jumpa tempat tak crowded and feel safe, sakanlah... 

Tak beli apa pun, ini ja ..

Malam tu ambil angin malam ni sekitar Putrajaya. 3-4 kali pusing Seri Perdana tapi PM tak jemput masuk pun πŸ˜†

Singgahlah di Jambatan Seri Warisan.

Cantik betul view kat sini... 
Ada rezeki nak stay di Zenith Hotel yang berkilauan tu. Mesti best dapat tengok view tasik yang indah ni. 

Tengah sedap kami ambil angin di tepi tasik tu, tiba-tiba dengar siren polis. Celapak naik ke atas jambatan semula. Tak pastilah pengumuman suruh beredar ke atau sekadar ingatan supaya jaga jarak sebab ramai berkumpul atas jambatan untuk ambil angin. Tapi, semua nampaknya patuh SOP. Ada jarak antara setiap keluarga dan berpelitup muka semuanya. Sebab tu kami berani turun kereta di sini. 

Esok pagi-pagi kami keluar beriadah. Putrajaya ni kan banyak taman awam. Pilihan kami di sini...

Seronok sangat beriadah di Taman Botani ni. Nanti Ummi share ye.

Selamat berhujung minggu! Hati-hati balik kampung tu 😘






6 comments:

  1. Selamat bercuti dan beristeri rehat

    ReplyDelete
  2. Mydin di Putrajaya terletak di kawasan kedai-kedai. Tidak besar sangat.
    Lama tidak singgah Cyberjaya.

    ReplyDelete
  3. Cantik permandangan malam dari jambatan tu. Pernah sampai malam hadir kenduri, tak sempat nak jalan-jalan macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time jalan2 sini, malam pun cantik sbb byk lampu haha...

      Delete