Thursday 7 October 2021

Ulat bulu πŸ›πŸ›πŸ›

Inilah ulat bulu dah naik daun tu :D 

Adik bawak balik dari sekolah hari ni. Adik dah sekolah semula sejak 4/10 , Isnin lepas. 

Lega Ummi sebab PdPR untuk anak2 pre-school ni sangatlah tak berkesan :( Walaupun cikgu buat online class 2x seminggu tapi ke laut kelasnya pun haha... 

Adik pun mula-mula seronok cikgu 'buat meet', lama-lama liat jadinya. Waktu kelas bergayut dekat tanggalah, nak makanlah, nak itu nak ini πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡

Pensel selit kat dahi πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Selain Adik, Walid pun dah kembali ke pejabat. Those who are fully vaccinated 
(after >2 minggu 2nd dose) dah lepas edah lepas pantang kata orang sekarang are required to be present at the office. No more WFH. Actually Walid dah berjinak-jinak ke office dalam 2-3 minggu kebelakangan ni, Isnin-Khamis. Jumaat WFH sebab senang nak pergi solat Jumaat. Masjid dah mula terima jemaah dengan bilangan lebih besar alhamdulillah. Sebelum ni hanya AJK surau dapat ke masjid, secara bergilir. Setiap surau dalam kariah kami dapat 6 slot setiap minggu. 

Mahal kenangan ni, kali pertama dapat solat Jumaat selepas beberapa bulan. Syukur alhamdulillah. 

Ummi pun kembali busy waktu pagi. Sediakan bekal untuk Walid dan siapkan Adik. Kata pepatah, berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian memang kena sangat dengan Ummi haha... Pagi-pagi Ummi kalut di dapur tapi untuk lunch Ummi dah tak perlu masak. Apa yang dibekalkan untuk Walid, itulah juga juadah lunch kami. Cuma kerja memasak je la yang off tapi kerja rumah lain tak pernah berhenti pun. Ate, nak jadi surirumah professional katanya πŸ˜…


6 comments:

  1. samalah..ammi pun tak sabar nak bagi anak2 naik sekolah. tulisan yg darjah 1 tu belum cakap KPI ammi. yelah gi fizikal class cuma 5 minggu, selebihnya duduk rumah PDPR je. hantar homework pun guna liveowrklah, quizzis lah..kurang menulis

    ReplyDelete
  2. si bongsu saya pun br sekolah jugak padahal kt sini bln 7 hari tu dh boleh pegi tadika.. hehehe... so bila dh sekolah ni proper sikitlah masa nk ke ofis xdelah 8 sengah je br nk masuk ofis.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Itulah budak-budak tadika manalah boleh duduk setempat lama-lama.
    Jadual berubah tapi kerja yang sama.
    Alhamdulillah abah saya lama dapat slot di masjid tapi kena datang awal. Hehe. Awal pukul 11 lebih.

    ReplyDelete
  4. Alo cutenya πŸ›πŸ›πŸ›
    Happy back to school..
    Yang lelaki happy back mosque..Anak bujang saya pun semalam gigih bersiap seawal pukul 11 pagi..Semangat nak solat Jumaat setelah vaksin cukup haul dan nisabnya🀭

    ReplyDelete
  5. So cute the paper ulat bulu hee..hee..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah
    Dah dapat pdp macam basa

    ReplyDelete