Saturday 16 October 2021

Sepagi di Taman Botani, Putrajaya

Jom ikut bersama meneroka keindahan Taman Botani Putrajaya. Kali pertama kami sampai di sini, jadi sangat teruja untuk explore di samping menghirup udara segar. 

Bergambar di hadapan Astana Morocco. Tempat ni sedang dibaikpulih. 

Singgah di Taman Paku Pakis, sambil berehat sambil bersarapan roti yang dibawa. 

Hanya kami berenam melalui trek ni. Kebanyakan pengunjung lain pilih laluan di tepi tasik. Peluang baik untuk kami bebas meneroka secara santai. 

Terjumpa pondok misteri 😅 Terbayang tempat ahli sihir jahat dengan penyapu terbangnya sedang menunggu di dalam haha .. 

Singgah bergambar di sini...

Selepas melepasi Taman Heliconia dan teduhan pokok-pokok menjalar, kami sampai di Bukit Palma, puncak tertinggi agaknya di sini. 

Subhanallah, what a breathtaking view! 

Ada rumah kampung, terus teringat rumah pusaka peninggalan arwah Tok Wan... Rumah papan yang bertangga, ada tingkap besar semuanya menggamit kenangan.

Taman Kaktus...
Jalur cahaya di celahan pokok. Sangat mendamaikan. 

Setiap pokok ada tanda namanya. 

Berhenti sekejap di sini, Abang nak tasmik dengan Ustazah. 
Adik3 pula panjat bukit, tak lepas-lepas nak takluk  bukit kecil tu:D 

Naik bukit, turun bukit akhirnya barulah jumpa tasik. Serius cantik tempat ni. 

Bunga keembung pelbagai warna di dataran berhampiran tasik. Again, mengingatkan kepada kenangan zaman kanak-kanak. Pokok keembung menghiasi hampir serata rumah. Mudah bercambah biji benihnya. 

Di sini juga ada kedai makan, tandas, vending machine, tempat duduk dsbnya. 

Jalan punya jalan, akhirnya kami sampai di Pahang 😆

Astaka ini juga sedang diselenggara. Hanya dapat bergambar dari jauh. 

Alhamdulillah, sepagi yang sangat indah 💚




10 comments:

  1. Cantik pemandangannya.
    Hijau saujana mata memandang. Segar!

    ReplyDelete
  2. saya pun pernah ke sini, memang aman dan tenteram

    ReplyDelete
  3. Subhanallah. Cantik. Memang ambil masa PH dan keluarga meneroka Taman Botani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tak berjalan, sesekali kita berjinak dgn hutan ambil udara segar hihi

      Delete
  4. Selamat beriadah di hujung minggu

    ReplyDelete
  5. Saya pun suka Taman Botani Putrajaya.Lagi suka taman botani putrajaya dari botani KL (Tasik Perdana)..
    Putrajaya meriah & parking banyak.. Morocco tu tutup yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronokkan kat sini MC.
      Rasa macam nak duduk Putrajaya je haha

      Delete