Selawat dan salam ke atas junjungan kita yang mulia, Baginda Rasulullah SAW. Hari ni 12 Rabiul Awal hari kelahiran Baginda.
Pagi-pagi lagi Walid ajak Ummi teman beli sarapan; nasi lemak Kedah yang warna kuning tu. Ada warung tepi jalan di area Bolton tu.
Nampak pelangi cantik, cepat-cepat Ummi snap gambar.
Terus up status...
Selesai beli nasi lemak, jalan ke depan sikit lagi ada signboard Kg Sri Gombak Indah. Minta maaf Tok Ketua, ambe silap kampung... Walaupun dah berbelas tahun tinggal di Gombak, masih cetek ilmu Geografi Ummi π
Kenyang dengan nasi lemak, untuk lunch Ummi masak Mee Kari aje...
Buat extra untuk balas bekas Aunty Farah dan Cik Leha. Aunty Farah bagi rojak sotong hari tu.
Cik Leha pula bagi kari kambing Sabtu lepas, kenduri sempena genap sebulan arwah Uncle Kassim 'pergi'. Hari ni baru ada kesempatan Ummi balas bekas.
Angah & Abang Cik Leha minta tolong agihkan kari ni kpd jiran-jiran selorong. Sukalah hero2 dapat keluar rumah :)
Asam pedas daging ni Ummi balas dengan pajeri terung malam tadi.
Balik dari Sri Gombak petang tadi, dapat sebungkus keropok ni dari cucu Cik Leha. Alhamdulillah rezeki lagi.
Gitulah adat berjiran; orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
Nun di kampung, Maksu & the geng balik Kodiang. Makan nasi atas pangkin bawah pokok, fuhh seronok!
Alhamdulillah semua yang baik-baik belaka hari ni π
wahh, tak aci btol tunjuk kat wak makanan yg sedap2 belaka nih., huhuhu
ReplyDeleteSalam maulidur rasul
ReplyDeleteSelamat bercuti dan beristeri rehat
Eh saya pun pernah duduk kawasan Gombak. Hehe Gombak itu luas.
ReplyDeleteAlhamdulillah betul itu orang memberi kita berbahasa.
sedap sedap makanan...pinggan pun lawa...
ReplyDeletesalam maulidur rasul! cantiknya pelangi!
ReplyDeleteSelawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Salam Maulidur Rasul.
ReplyDeleteSalam Maulidurrasul...
ReplyDeleteπΌBila hujan turun,waktu siang hariπΆ
Lahirlah pelagi,cantik berseri..π΅πΆπ΅