Wednesday, 27 October 2021

Dine In Tak Sengaja di Kayu Nasi Kandar, KL Sentral

Malam tu kami menapak dari Aloft ke Nu Sentral yang terletak bersebelahan je. 

First time Ummi dan anak4 jejak kaki ke Nu Sentral. Cantik deko di ruang legar premis ni, penuh dengan bunga.

Gegirls sukalah bunga. Walid & the boys laju je kat depan haha ... 

Tujuan utama nak dinner di food court Nu Sentral. Banyak pilihan di situ kata Walid. Malangnya, sekitar jam 8 tu kebanyakan kedai dah tutup atau bersedia untuk tutup.

"Takpe, kita pi mamak kat luar", kata En Boss. 

Time ni anak4 pun dah merengek lapar. Ialah, sejenis yang lepas Maghrib terus makan. Lambat sikit, berkicaulah semua πŸ˜‚ 

Sampai di kedai mamak tu, alhamdulillah ada space agak jauh dari pelanggan lain. Kat corner sekali. 

Kali pertama ni kami dine in after few months, cuak juga Ummi. Nak tapau anak4 dah kelaparan. Tak larat nak jalan balik ke hotel kononnya. Taktik depa nak scam Walid :D 

Lebih cuak, bila Ummi terpandang logo kedai... 

Dalam hati, ini bukan sebarang kedai mamak, ini mamak kayangan. 

Kan dah kata 😬

Kalau makan di kedai mamak area SG, boleh 2x makan agaknya ni... Tapi ialah dengan lokasinya, namanya yang gah termasuk service tax lagi, bayar je lah Walid :D 

Tapi, portion makanan besar. Berbaloi dengan harganya. Memang kenyang atau lebih tepat terlebih kenyang! 

Apapun, rezeki anak4 setelah sekian lama tak makan di luar. Kenyang sangat. Yang tak habis tu tapau. Sambung makan di bilik. 

12 comments:

  1. Betul logo kedai kayangan hehe, tapi roti canainya sedap. Cantik deko mall, anak-anak dah biasa makan awal, jadi lagi lapar lepas menapak.

    ReplyDelete
  2. Hehe terus tidak sengaja makan di tempat mahal.
    Rezeki anak-anak juga.

    ReplyDelete
  3. Sekali sekala bolehlah.Berkali-kali, koyak poket.Kih3.
    Lama jugak tak makan Kayu Nasi Kandar ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat. Ini pun berpeluh dahi haha...

      Delete
  4. salam singgah
    mak aii
    jauhnya dia dine in
    kami dine 2x je sejak fasa 3 na fas 4 ni
    tu pun kat satay samuri tmn melati je
    ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Staycation kat Aloft tu, sebelah je dengan Kayu ni.
      Lama tak gi Samuri...

      Delete
  5. mamak kayangan ek.. hahaha... xpelah sekali sekala.. janji anak² happy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kayanganlah bagi kami yg marhaen ni Kakmim ooi :D

      Delete
  6. Kalau anak ammi pun confirm berkicau gak. Biasa sebelum maghrib dah makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?
      Tak boleh lambat sikit, depa punya bunyi macam tak makan seharian :p

      Delete