Friday, 22 October 2021

Ikan Haruan vs Ikan Belanak

Ikan haruan ni dibeli oleh Maksu, dari kawannya. Suami kawannya memancing di sawah. Memang fresh-lah. 

Besar betul ikannya. 


Sedap digulai (masak kari) ikan haruan ni. Mula-mula kahwin dulu Tok Umi suruh Ummi buatkan kari ikan haruan untuk arwah Wan Lah (abang Tok Ayah). Macam-macam alasan; tak reti siang, tak makan ikan haruanlah dsbnya Ummi bagitau  Tok Umi sebab masa tu belum pandai buat kari πŸ˜… Kesian Wan Lah makan kari Ummi yang tak sedap tu :D 

Sedap nampaknya gulai Maksu ni.

Ummi pun takmau kalah, balas dengan ikan belanak masak asam pedas Kedah style  haha... 

Telur dia penuh perut ... Sedap! 

Asam pedas Kedah style ni tak payah tumis; hauk semua masuk dalam periuk. Caranya: kisar bawang merah + cili kering + bawang putih + belacan bersama air. 

Kemudian satukan bahan kisar, air secukupnya, asam keping dan serai. Renehkan hingga mendidih. Masukkan ikan dan daun kesum. Gaul sebati dan kacau sekali sekala. Perisakan. Bila ikan masak, tutup api. Kalau nak letak timun atau bendi pun boleh. Ummi letak peria katak, itu je sayur yang ada. Peria petik belakang rumah je. Kita buat dia, letak je apa yang hendak diletak :)

Untuk sayur, Ummi masak pucuk paku goreng belacan. Mula-mula tu buat sambal belacan macam biasa, cuma tak payah letak asam jawa/jus limau. Tumis bawang merah + bawang putih hingga garing, masukkan pucuk paku. Bila pucuk paku layu, tuang sambal belacan tadi secukupnya. Gaul sebati, perisakan dan tutup api. Ini cara Ummilah, belajar dari Tok Umi. 

Tq Cik Leha bagi pucuk paku ni πŸ’
Kita baru masak sayur, Maksu dah prepare untuk minum petang pulak. Marathon kata Maklong πŸ˜‚

Apa yang dimasak tu? Nanti Ummi share sebab Ummi pun dah berjangkit, buat juga kuih ni :D 

4 comments:

  1. Amboi berlawan-lawan masak. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Kalau tak salah pandangan wak, ikan yang berlengkau dalam besen tu ialah ikan keli

    ReplyDelete
  3. Wahhhhh ikan haruan. KSarie tak pernah makan lagi ikan haruan ni rasanya. Kalau pati ikan haruan tuh memang sakan pulun makan walaupun tekak tak lalu nak terima masa dalam pantang dulu

    ReplyDelete