Monday 18 October 2021

Mantao (Chinese Steamed Bun)

Jumpa sepeket mantao keluaran Tisha's dengan harga RM10 di kedai Abe. Pertama kali lihat mantao yang khabarnya makanan yang biasa dijumpai di Chinese restaurant. 

Rupanya seakan mini pau tapi dalamnya kosong tidak berinti. Ada 2 jenis yang kami jumpa; wholemeal & pandan. 

Kukus dulu. 

"Rasa dia 'kosong' je Kak. Kalau yang pandan tu rasalah pandan", kata pembantu kedai. "Cicah kuah sedap kot", bisik Walid. 

Ummi pun ambillah sepeket mantao dan sepeket sardin viral. 


Inilah hidangan sarapan kami, sangat mengenyangkan bersama semangkuk oat dan nenas. 


Nenas tu 3 biji lima ringgit. Dapat extra sebijik sebab buah dah kurang elok. Ummi kisar jadi jus nenas. Licin! 

Next visit, nak repeat beli mantao ni. 

Kalau nak buat bekal semasa travel pun ok. Stim siap-siap, nanti lapar makan je :) 

9 comments:

  1. Mantou ni kalau goreng pun sedap! Saya suka dua-dua, goreng dan kukus :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh..boleh goreng juga yer...nak try la...Tq info..

      Delete
    2. Ye Farrah, akk pun baru Google, katanya goreng pun sodap :)
      Jom MC, kita me-mantao :D

      Delete
  2. Tidak pernah rasanya makan mantou. Bayang mesti tekstur pau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, teksturnya lembut gebu macam kuih pau cuma takde inti. Sizenya lebih kecil juga.

      Delete
  3. Baru semalam saya tengok chanel na cham (Siam Kedah ni) ajar buat mantao ni..nampak sedap...
    Boleh la PH try buat dulu..nanti saya follow🤭

    ReplyDelete
  4. suka makan mantou ni,..lembut...gebu..

    ReplyDelete
  5. Sedap mantao. Di China kami makan mantao yang digoreng cecah susu pekat. Di Kalimantan dapat makan lagi mantao bakar dalam oven cecah daging masak cabai. Memang sedaplah.

    ReplyDelete