Sunday, 5 September 2021

Resepi ~ Ikan Keli Bakar

Saja nak share resepi ikan keli bakar ni sebab anak-anak cakap sedap :p 

Selalu goreng berlada, memang anak-anak suka. Sesekali nak ubah selera, konon lebih sihatlah bakar bakar je kan... Ikan keli ni macam biasalah, Ummi beli dengan Cg Sue. Alhamdulillah Cg Sue pun dah mula ambil order semula. Bulan lepas depa sekeluarga kena kuarantin, ada ahli keluarganya +ve Covid. 

Yang rajin bakar ikan ni Maksu. Sebab Haziq suka sangat makan nasi dengan air asam. Pernah dia datang rumah kami, dia tanya Ummi " Makngah tau dak buat ayaq asam jawa?" Hahaha... Ummi ingat dia batuk, nak air asam jawa, rupanya request ayaq asam! 

Resepi ni Ummi olah sikit, ikut kuantiti ikan dan cara penyediaan ikut pemahaman Ummi. Try bakar 3 ekor je dulu. Anyway terima kasih kepada empunya resepi šŸŒ¹ 


Resepi: Ikan Keli Bakar
Sumber: Kisah Resepi

Bahan-bahan
3 ekor ikan keli - Gaul bersama garam dan serbuk kunyit

Bahan A 
1 biji bawang besar @ 3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Halia - 1 hiris 
2-3 batang serai
2 s/m serbuk kari ikan 
1 s/b serbuk cili
# semua bahan diatas dengan sedikit air 

Cara-cara
1. Ikan keli yang telah digaul bersama garam dan serbuk kunyit tadi, digaul pula bersama bahan kisar (Bahan A). Perap seketika (> 15 minit)
2. Bakar sehingga masak. Siap! 

Ummi bakar atas pemanggang beralaskan tudung periuk lama. Alas pemanggang ikan dengan daun lengkuas. Daun pisang takde. 

Bahan Air Asam  
Bawang besar 
1 biji cili merah 
3 biji cili api
1 inci belacan bakar
1 sudu makan air asam jawa
1 biji tomato
Garam dan gula secukupnya

## Semua bahan dikisar bersama sedikit air. Siap! 

Lupa nak ambil gambar air asam šŸ˜… Pucat sikit air asam tu sebab tomato muda. Kalau tomato masak ranum lagi sedap ni. 

Ringkas, cepat dan sihat :) 





6 comments:

  1. Saya asal-asal tidak makan ikan keli. Kemudian baru makan.
    Isi ikan keli lembut.

    ReplyDelete
  2. Saya pun x makan ikan keli sbb takut tgk rupanya hhehe

    ReplyDelete
  3. Saya dulu2 suka sangat ikan keli bendang walaupun kelinya kurus pucat.Tapi la ni tak tau pasai pa..saya dah tak suka...Tapi selera berubah2...Tak mustahil nanti akan suka semula..hihihi

    ReplyDelete
  4. sy xpernah mkn ikan keli..huu

    ReplyDelete
  5. Tak pernah lagi makan ikan keli ternak

    ReplyDelete
  6. Ikan bakar cicah air asam memang terbaik. Kalau saya kena tukar dengan ikan lain sebab tak makan ikan keli :)

    ReplyDelete