Thursday 9 September 2021

Program Hijrah ~ From Zero to Hero


Alhamdulillah sejak berkenalan dengan Nazim Gombak, anak2 Ummi berpeluang  menyertai pelbagai program. Bulan Zulhijjah tempohari diadakan program Cinta Baitullah sempena bulan haji. Untuk bulan Muharram ni dianjurkan pula program Hijrah ni. 

Menariknya, selain diadakan pengkisahan Hijrah Nabi SAW, ada juga doodle class bersama Tr Ruru. Excited anak-anak Ummi esp Kakak sebab dia minat melukis. Adik pun tak nak ketinggalan, joined the class. Siap berinteraksi dengan Tr Ruru. "Cikgu...cikgu...Saya dah siap!" Hehe... 

Angah menang lucky draw. Dapat 2 set pensel. 

Ini pula hasil kerja depa untuk coloring contest; 


Dan alhamdulillah semasa majlis penutup program ni, ada rezeki anak2 Ummi..

Kakak menang tempat kedua, Angah tempat ketiga. Adik tak menang sebab bawah umur kot hehe... Ummi saja hantar juga hasil kerja dia sebab dia bersemangat nak turut serta. 

Alhamdulillah hari ni PIC, Pn I dropped by to send the gift. 

Angah tengah tuition masa ni. Kakak ajelah wakil terima hadiah. 

Dua-dua dapat hadiah sama 😍

Terima kasih banyak Nazim Gombak. Banyak lagi program yang akan diadakan, انشاء الله 

Bagi yang berminat, bolehlah intai-intai FB Nazim Gombak 🤗

13 comments:

  1. Cantik dan kemas hasil kerja tangan mereka
    Tahniah

    ReplyDelete
  2. Macam ni, tak bosanlah sangat stay at home, kan.. tahniah anak2!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kesian asyik PdPr je, kita carilah program2 sampingan yg bermanfaat : )

      Delete
  3. Rajin ikuti program. Apapun bagus bersemangat mereka sertai pertandingan.

    ReplyDelete
  4. at least ada pengisian bermanfaat utk anak2.
    nanti ammi recce gak FB ni..manalah tau terima penyertaan dari luar Gombak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah Ammi, dapat juga ilmu & pengalaman bg anak2

      Delete
  5. seronok ye boleh join contest cam ni.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dapat hadiah, berseni dan cantik hasil kerjatangan anak-anak, menarik aktivitinya

    ReplyDelete
  7. Cantik hasil mewarna masing masing. Kreatif! Tahniah kakak dan angah menang. Adik pun tahniah juga :)

    ReplyDelete
  8. Wahhhhhh tahniah....berbakat besar anak-anaknya. Sure ibunya tumpang happy sekali

    ReplyDelete