Tuesday, 22 June 2021

Pasang Unifi

Kebetulan, hari ni Kak Ana Jingga ada share cara-cara nak detect orang curi WiFi Unifi kita jadi Ummi pun nak share jugalah pengalaman kami pasang Unifi di rumah. Memandangkan peningkatan penggunaan data Internet di rumah kami terutamanya selepas MCO 3.0 diwartakan, maka Walid ambil inisiatif untuk pasang Unifi. 

Ummi ingatkan straight forward je apply Unifi ni. Maksudnya kita apply depa mai pasanglah kan. Rupanya kena tengok ada port kosong ke tidak di sesuatu kawasan. Port tu  dalam bahasa mudahnya 'lubang' untuk cucuk kabel fiber optic ke rumah bagi mendapatkan sambungan Internet. Port ni ada pada Distribution Point (kotak warna hitam) di tiang telefon, kalau perasanlah... Setiap DP tu ada 8 port. 

Macam kami, +- 3 minggu jugalah the whole process ni. 17/5 Walid regi secara online di Chat Box Unifi untuk pasang Unifi. Mulanya kami dimaklumkan takde vacant port di kawasan kami ni. Jadi, kami diminta untuk walk in ke mana-mana TM Point buat request untuk tambah port. Makanya pada 4/6 Walid ke TM Point Batu Caves untuk request port. Rupanya boleh je buat secara online 😬 

Yang best-nya Ahad 6/6 terus dapat mesej maklumkan esoknya 7/6 depa nak mai install Unifi. Terkejut kami. Satunya sebab 7/6 tu cuti umum sempena birthday YDP Agong. Lagi satu sebab selama ni kami dimaklumkan takde port kosong tup-tup ada pula :D Katanya ada orang cancel langganan... Tiber je 😉 Takpelah, rezeki kamilah sebenarnya tu...

Kerja pemasangan...

Sedih tengok dinding kena tebuk :( 

Cost incurred: RM80 untuk fiber optics cable. Kemudian, dapat email requesting advanced payment amounting to RM100. Pakej kami ambil 100Mbps/RM129 sebulan (unlimited data). 

Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan lancar walaupun masa awal-awal hari tu lag juga terutama bila anak-anak ada kelas online serentak. Sekarang dah OK alhamdulillah.  













6 comments:

  1. Alhamdulillah ada port kosong. Senang ya tidak payah tambah data selepas ini.

    ReplyDelete
  2. Best tu unlimited data! Laju pun laju, senang nak buat kerja kannnn.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah ada rezeki port kosong. Dah ada unlimited data tu seronok sedikit nak buat kerja dan ber-pdpr.

    ReplyDelete
  4. Sekarang memang dah jadi keperluan kan...semua isi rumah nak guna lagi2 dalam PKP,WFH & pdpr

    ReplyDelete
  5. Kalau ikut pakej pemasangan percuma tu, mereka cover apa je?
    Kenapa puan kena bayar RM80 untuk kabel optics tu?

    Saya ada rancang nak pasang. Jadi tu yang saya tanya ni.

    ReplyDelete
  6. Nak request kat mana untuk request port?

    ReplyDelete