Monday 6 September 2021

Majlis Bacaan Yasin SRAI 2021

Sepanjang 8 minggu berturut-turut (Julai & Ogos), diadakan majlis bacaan Yasin secara maya anjuran Panitia Tilawah Hafazan dengan kerjasama unit Ko-Ku. Tujuan utama memohon kepada Allah SWT agar diberi kemudahan dan kejayaan buat calon UPKK serta diberi perlindungan dari wabak Covid-19. Guru, murid dan ahli keluarga SRAI ada juga yang dijangkiti Covid. 

Untuk setiap sesi, penyertaan murid akan menyumbang markah kpd rumah sukan masing-masing. Selain tu, setiap minggu ada 3 hadiah cabutan bertuah. Minggu last special, ada 7 pemenang. 

Zaman pandemik, segalanya secara maya sahaja. Masa Abang ambil UPKK 2 tahun lepas, setiap hari Ummi ke sekolah, menyertai sesi bacaan Yasin yang diadakan di sebelah pagi. Exam belah petang. 

Setiap minggu dia setia depan laptop. Semangat dia. Dan hari2 berdoa bagi nama dia naik untuk cabutan bertuah 😁

Alhamdulillah akhirnya minggu ke-7 nama Angah 'naik'. 

Inilah hadiahnya...

Blur sekejap Ummi depa haha... Macam tak berapa kena dengan acaranya :D Tapi, nama pun lucky draw, hadiahnya pun random. 

Tapi, budak-budak ni pandai guna ...

Mek ni apalagi cari lagu Blackpink di YouTube-lah. Lepas tu satu rumah kena tadah telinga dengar dia ber-karaoke 😇

Pastu depa usung mic tu masuk dalam kereta. Sambung karaoke dalam kereta pulak... 

Tapi, yang sorang ni pandai guna untuk kebaikan, sejuk hati Ummi :) 

Abang guna untuk sedi ta'alim lepas Maghrib. 

Alhamdulillah ada juga manfaat microphone ala-ala Abg Nuar  ni :)

 



6 comments:

  1. Alhamdulillah terus digunakan. Haha saya pun tidak pandai guna mikrofon begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pandai guna satu hal, nak guna utk apa pun satu hal jugak :D

      Delete
  2. hihi dapat hadiah dan guna untuk berta'alim, ok la tu kan hehe

    ReplyDelete
  3. lama tak jenguk sini..
    hikhik mcm2 fungsi mike tu..tapi suka la idea tu, bacaan yassin pastu sumbang mata untuk rumah sukan

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah ada anjuran bacaan Yassin. Pahala dapat, ada rezeki dapat hadiah lain. Nampak macam tak sesuai tapi guna untuk berta'alim bagus dah tu :)

    ReplyDelete