Wednesday, 8 September 2021

Masak Lemak Kulat Sisir

Baru je hari tu cerita pasal nostalgia kulat sisir, alhamdulillah semalam ada rezeki bertemu kulat sisir. 

Hari tu Ummi beli strawberries & scones, kali ni nampak Mila jual kulat sisir. Teringin punya pasal belilah sepeket. Dulu-dulu pergi kutip di kebun getah, free je. Sekarang ni, dah jadi benda rare, kemain harganya. Lagipun dah siap bersih, balik kita basuh dah boleh masak. Nak bersihkan kulat ni renyah juga, sebab saiznya kecil. Cara bersihkan ialah dengan buang 'kakinya'. 

Ummi buat masak lemak. Anak-anak pun makan, tu yang best. 

Ada pulak ayam goreng, telur masin dan sambal belacan, pakat bertambah nasi belaka! 

Ayam goreng Ummi gaul dengan tepung Bestari kemudian masuk dalam air fryer


Masak lemak kulat sisir ni sama je dengan masak lemak cili api lain. Ummi tumbuk bawang merah, cili api dan kunyit hidup. Di dalam periuk, satukan bahan tumbuk, kulat sisir, serai yang dititik dan santan. Masukkan asam keping. Jerang hingga masak. Tutup api. Jangan lupa masukkan garam ye. Dan kacau selalu supaya santan tak pecah. 

Selain tu beli juga petai dan buah kedondong. Petai tu isi padat ๐Ÿ˜ Katanya dari Cameron Highlands juga. 

Kedondong tu pula rangup, sedap buat menyicah. Hari tu try dah. Sedap! Itu yang repeat beli...


ุงู„ุญู…ุฏ ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฐูŠ ุจู†ุนู…ุชู‡ ุชุชู… ุงู„ุตุงู„ุญุงุช ๐Ÿ’š


9 comments:

  1. Sedapnya hidangan ada kulat sisir, susah nak dapat sekarang ni, betul tu dah jadi rare.

    ReplyDelete
  2. sy singgah & follow sini.. buah kedondong sedapnya lahhh.. kalau org kedah panggil buah amra..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq singgah :)
      Sakapailah kita. Kedah tang mana?
      PH orang Berlin hiks!

      Delete
  3. masya Allah nampak sedap sangat kudap-kudapan bawah sekali tu!

    ReplyDelete
  4. Saya memang suka masak lemak kulat ini.

    ReplyDelete
  5. Lamanya tak makan cendawan sisir ni. Kalau kat kampung saya selalu buat tumis berlada tu. Biasanya kalau abah ke kebun musim hujan mesti bawak balik cendawan ni. Sedapnya :)

    ReplyDelete
  6. Rindu nak makan kulat sisir. Susah nak jumpa sekarang ni.

    ReplyDelete
  7. Adoiiiii....terliur tengok ni. Dah lama gila tak makan kulat sisir

    ReplyDelete