Tuesday 1 June 2021

TV dah OK

Banyak yang nak dikongsi tapi sebab kurang sihat, buat entry ringan-ringan je lah ye... 

TV kami ni jenama Sharp (Aquos)harga RM 750. Beli di kedai electrik Yu Heng. Kalau online store harganya RM799 masa tu. 


Sebelum ni dah ada problem, nak on/off kena buka/tutup suis sebab kalau guna remote control (RC) elok TV off, lepas sesaat gitu dia auto on balik. Scary kan? Haha.. Tapi, as long as ada gambar, ada suara ok je. 

Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di petang raya 😆 Dalam banyak-banyak hari, petang raya pertama 
tempohari lah TV tu rosak! Bila on, gelap je skrin tu. Agaknya sebab TV asyik on je sepanjang hari hihi... Padan muka kitorang semua,  berebut sangat nak tengok movie raya haha... 

Anak-anak nak juga tengok TV... Pakai hand phone je lah :D 

Raya pertama Khamis. Jumaat kedai tutup lagi. Sabtu kedai buka baru dapat buat report. TV ni masih under warranty sebab tu refer ke kedai. Pengurus Yu Heng tu pun terkejut bila tunjuk resit sebab usia TV ni belum setahun. Beli pada 22/5/2020, rosak pada 14/5/2021. Kami pun pelik dan lebih kepada frustrated sebenarnya. Sebelum ni guna TV jenama dan model sama selama 5-6 tahun. Sebab tu bila TV lama tu rosak, kami beli the same brand & model. Bila tak sampai setahun rosak, frustrated-lah. 

TV lama. Bercalar-calar taktau apa puncanya. Dari sikit merebak hampir keseluruhan skrin. Sakit mata bila menontonnya...

Selasa technician datang. It's either motherboard or LED rosak, kata technician. Nanti dia datang bawa spare parts. Tunggu punya tunggu, Sabtu kelmarin 29/5 barulah datang bersama spare parts. Dengar nak full lockdown, terus ada stock spare parts-nya pun 🙄

Ada orang tak kisah kalau takde TV, tapi Ummi kisah hehe... Biarlah jarang tonton TV tu, janji TV tu OK. Nak tengok di skrin phone, jenuh jegil sebab dah terbiasa dengan skrin TV yang berkali ganda saiznya haha... Apapun alhamdulillah dah OK dah TV kami. 

Gunalah sebaiknya dan untuk kebaikan, انشاء الله ada ganjarannya 💚

6 comments:

  1. Syukur dah ok. Alhamdulillah tidak kena bayar.

    ReplyDelete
  2. sama kak, rumah saya wajib ada tv, buat hilang sunyi kadang2 hehe

    ReplyDelete
  3. Ada tv di rumah taklah rasa sepi.
    Kalau di rumah saya kena ada tv, di tempat kerja kena ada radio.

    ReplyDelete
  4. Kadang kadang buka tv untuk buat bising je, bukan tengok pun hehehe

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dapat tv baru.
    Wak pun rasa perlu ada tv kat rumah
    wak suka tonton berita aje

    ReplyDelete
  6. TV ada kat rumah, tp till now tak pasang cable TV lagi.
    main cucuk USB pendrive jer lah kalau anak2 nak tengok kartun dorang.

    ReplyDelete