11/6 bersamaan 30 Syawal, hari terakhir Syawal. Moga diberi kesempatan untuk kita bertemu lagi dengan Ramadhan dan Syawal akan datang. aamin.
Sepanjang Syawal walaupun tak semeriah Ramadhan, kerap juga jiran-jiran berkongsi rezeki dengan kami. Begitu juga Ummi. Paling Ummi selesa dan kerap berkongsi rezeki dengan Cik Leha. Semalam Ummi masak pajeri terung, put aside sebekas untuk Cik Leha. 2-3 hari sebelum tu dia bagi Ummi kelapa parut sebijik. Minggu sebelum tu dapat mangga muda.
Raya kedua dapat rendang ayam sedap dari Ustazah. Tapi tak jumpa pula gambarnya atau Ummi lupa nak snap agaknya. Ini mana yang ada gambarlah...
Paling win! Nasi Daging Utara dari Cik Leha. Sedap yakmat 😋 Paling Ummi suka, ayaq asam tomato tu. Sedap sungguh.
Selain tu ada juga pelam Siam dan donut. Lumayan rezeki kami hari tu :)
Dah orang berbudi, kita pun berbahasalah kan...
Laksa Johor Ummi masak hari tu...
Pulut & Ayam Bakar, rezeki CikSu COD kepok lekor tadi. Makin bertambah barang dagangannya, bukan saja otak-otak dan roti boom. Seronok tengok kegigihan dia.
الحمدلله على كل نعمة
Alhamdulillah merasa pelbagai juadah.
ReplyDelete