Monday 21 June 2021

Nostalgia Kulat Sisir & Kulat Ton

Benarlah kata pepatah, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. Walaupun jauh dimata, kampung halaman sentiasa dihati. 

Ummi ni walaupun tinggal di perantauan tapi join juga group wasap kampung Ummi. Sebab, kami sekampung ada pertalian saudara. Dapatlah juga tahu perkembangan semasa di kampung selain bertanya khabar saudara-mara. Yang masih tinggal di kampung dan yang berhijrah mencari rezeki di luar kampung lebih kurang bilangannya. 

Hari ni group wasap kampung Ummi riuh-rendah berkongsi nostalgia makanan dan masakan kampung zaman kami kanak-kanak dulu... Semuanya gara-gara Maklong Mah tayang gambar kulat sisir (cendawan sisir) yang dipungutnya di kebun. Sekarang musim hujan di kampung jadi kulat ni galaklah tumbuhnya. Biasanya kulat sisir tumbuh di atas batang getah yang ditebang. 

Credit: Maklong Mah

Dulu-dulu Ummi suka ikut arwah Tok dan Tokcik Ya kutip kulat ni. Sejenis lagi kulat cuping kami panggil sebab bentuknya seakan cuping telinga :D Dek kerana namanya, Ummi tak makan kulat jenis ni. Hehe... 

Kulat sisir ni sedap dimasak kari bersama ayam. Kuahnya biar cair sedikit. Makan dengan nasi panas-panas. Sedapnya! Tapi, bila di perantauan, Ummi baru tahu rupanya kulat sisir juga boleh dimasak lemak cili api. Pun sedap juga. Kulat cuping pula biasanya dimasak sayur air atau masak bening. 

Ummi pernah jumpa kulat sisir ni di pasar pagi Greenwood. Baca sini: Nostalgia Buah Berangan.

Satu lagi kulat ton namanya. Di sesetengah tempat ianya dipanggil cendawan busut atau kulat pusu. 

Credit: Sinar Harian 

Warnanya putih bersih berbau wangi bila tumbuh. Tapi, awas ada jenis cendawan seakan kulat ton ni yang beracun. Bila makan, boleh mabuk atau pening. Sebab tu bila terjumpa kulat sebegini orang kampung biasanya datang berjumpa Tok Wan untuk dapatkan pengesahan. Sebab Tok Wan paling cekap mengesan dan kenal kulat ni. Biasanya kulat ni tumbuh di bawah dedaun pokok kenuak (kerdas) atau pokok durian. Ummi paling suka kudup cendawan ni. Kata Tok Wan, yang kudup lagi manis dari yang sudah kembang. Kembangnya hanya sehari dua jadi perlu cepat dikutip. Tak banyak pun, sekitar 10 kuntum sekali tumbuh. Walaupun sikit, tetap juga berbagi rezeki dengan Maklang Di sebab dia pun penggemar kulat ton. Pun dimasak air saja. Masih ingat lagi, Tok Wan suka hirup sayur kulat ton ni. Nikmat sungguh nampaknya :) 

Sekarang Ummi jarang dengar dah pasal kulat ton ni. Mungkin perubahan iklim, kandungan mineral dalam tanah ataupun tiada lagi pokok durian dan kenuak di dusun menyebabkan kulat ni tidak lagi muncul di dusun Tok Wan :( 







5 comments:

  1. Saya suka makan cendawan busut. Teksturnya pejal dan kuat rasa umami.
    Memang susah hendak jumpa. Saya pernah buat pos masakan cendawan busut. Aduh teringin pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ye ke?
      Nanti sy cari post NA pasal cendawan busut tu :)

      Delete
  2. Salam kenal Puan Hazel.Wah,seronok baca catatan PH..Kulat ton tu tempat saya panggil "kulat tahun"..Mungkin sebab setahun sekali kot dapat rezeki jumpa kulat tu .hihihi

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sudi balas kunjungan Mama Cella :)

    Hah, ye setahun sekali tumbuhnya kan? Baru teringat hehe ..

    ReplyDelete
  4. Baca entri ni terus teringin nak makan kulat sisir. Lama dah tak jumpa...

    ReplyDelete