Dua minggu lepas rasanya dapat sekotak Harumanis Kedah. Dikirim oleh Maksu dari kebun kawannya di Pida 13, Ayer Hitam.
Selama ni Ummi difahamkan yang Harumanis ni hanya tumbuh subur dan 'menjadi' bila ditanam di Perlis. Sebab tu Perlis terkenal dengan spesis mangga ni. Dek kerana kiriman Maksu ni barulah Ummi tahu kewujudan Harumanis Kedah ni. Itulah, lama sangat tak boleh balik kampung 🤭 Sampai dah tak tahu perkembangan semasa di negeri kesayangan ahaks!
Sekotak ni ada 8 biji.
Puaslah makan esp Angah tu...dia hantu mangga. Tak kisahlah apa jenis pun asalkan mangga dia suka. Sebab tu Ummi rajin beli pelam Siam 3kg/sepuluh ringgit tu. Sedap yang tu, manis leting!
Snap gambaq ni sebab Kak Nab, taukenya nak tengok, minta bagi feedback.
Alang-alang ada mangga sedap, Ummi buatlah pulut mangga. Style Ummi santannya mesti 'meladong' @ banjir atas pulut. Baru sedap.
Kata Maksu, kiriman ni pengubat rindu dia untuk anak-anak.
Touching!
MasyaAllah. sedapnyaaa. 1st saya makan pulut mangga harumanis kira2 10 tahun lalu. Ada lawatan ke tapak projek di Perlis, arwah ex-bos bawa singgah makan pulut mangga harumanis ni. Sedap sungguh.. alhamdulillah.
ReplyDeleteSaya pun kawan abah beri harumamis dari Perlis. Sama ada buat pulut mangga. Alhamdulillah dapat orang pemurah beri.
ReplyDeletepulut mangga fav..nk plak dpt yg harumanis tu..yummyy
ReplyDeleteSedapnya nampak pulut mangga tu.
ReplyDeleteHarumanis mestilah manis kan...