Kisah sebelum ni...
9/6 Ummi ke klinik sekali lagi untuk follow up telinga Ummi. Masih tak selesa dan gatal dalam telinga walaupun sakitnya dah berkurang. Bila GP checked, memang ada nanah lagi dalam telinga. Sepatutnya bila makan antibiotics, nanah akan kecut dan kering.
GP issued a referral letter dan minta Ummi jumpa E&T Specialist.
Terus Ummi booked appointment dengan Dr AHJ (DH) yang rawat tonsil Abang dulu.
12/6 First appointment dengan DH. Kali terakhir Ummi ke Pusrawi tahun Iepas, warded sebab demam. Itupun sebelum Covid 'sampai' di Malaysia. Bila jejakkan kaki ke sana Sabtu lepas, banyak pula checkpoint kena lalu :) Hanya pesakit dibenarkan masuk kecuali pesakit bawah umur, preggie moms, OKU, elderly boleh berteman.
Mula tu DH sedut nanah dalam telinga Ummi tu... Procedure ni tak sakit, tapi seriau haha... Rasa macam telinga kena gerudi :D Tapi, ada side effect on certain people... Ummi rasa nak pitam! Pening berpusing-pusing so DH stopped the treatment. Minta Ummi relaks, buka mata... Sebab kalau pejam mata, Ummi rasa dah passed out kot. Then DH just masukkan antibiotic dalam telinga. Sebelum ni jenis pil, ini ointment.
Setiap kali mandi Doc pesan pakai ear-plug ni untuk elakkan air masuk dalam telinga. Kena pastikan telinga kering betul baru jangkitan tu akan pulih.
Kali pertama lalu SJR. Excited Ummi nak rasai pengalaman lalu SJR... Kami tunjuk surat referral & GL sebagai rujukan. Rentas negeri untuk tujuan mendapatkan rawatan perubatan dibenarkan semasa PKP.
15/6 Follow up. Alhamdulillah dah kering dalam telinga tu. Tapi, DH sedut juga kotoran2 yang dah terselit hampir dengan gegendang telinga. Kali ni Ummi tak pening dah. The other day sebab masih sakit, itu sebab rasa pening kata DH.
Ummi ni suka korek telinga... Old habits die hard. Stress juga bila Doc pesan jangan korek-korek dah telinga haha... Dari sekadar 'sakit telinga je', hampir 3 minggu juga berlarutan ujian ni. Apapun alhamdulillah everything goes back to normal...
Alhamdulillah kesihatan kembali.
ReplyDeleteAlhamdulillah sekejap hilang nikmat pendengaran, terasa sangat :(
Deletemoga terus sihat ekk.
ReplyDeleteanak aida, syuhada, ada masalah telinga. dan sekarang masih lagi. taik telinga byk :) ha ha ha...
still dlm treatment.
Bila dah sekali terkena tu, terasa besarnya nikmat pendengaran yg Allah bagi ni...
Delete