Sunday 30 May 2021

Al Fatihah ~ Tan Sri Dr Harussani Zakaria

Ummi: B, itu Ustaz (Tan Sri) Harussani kan?
Walid: Aahlah...
Ummi: Jom, kita tegur...

Sambil menyapa  beliau dan isteri, kami hulurkan Abang yang baru berusia sekitar 2 bulan kepada beliau untuk didoakan. Dengan lembut, beliau mendukung Abang dan menitipkan doa. Momen yang sangat indah dan berharga bagi kami. Waktu tu Tan Sri dan isteri sedang menunggu pemandu mereka manakala kami pula baru usai bersarapan. 

Gambar ni diambil pada awal tahun 2009, di Hotel Marriott Putrajaya. Kami staycation di sini sempena Ummi habis berpantangkan Abang. First vacation untuk Abang ni. 

Semalam 30/5, kita dikejutkan dengan pemergianTan Sri Dr Harussani Zakaria, Mufti Perak di usia 82 tahun setelah seminggu dirawat di ICU akibat jangkitan Covid-19. Rupanya Allahyarham Tan Sri dan arwah Tok lahir pada tahun yang sama, tahun 1939.


Sedari kecil Ummi kenal nama beliau sebagai seorang mufti yang sangat disegani dan dihormati. Hilang sebutir lagi permata ummah :(

Didoakan agar arwah ditempatkan di kalangan para solihin, diterima segala kebaikan dan amalan beliau, dirahmati dan dicucuri rahmat keatas arwah beliau. Allahumma aamin. 


4 comments:

  1. Innalillah. Kita juga akan menyusul ke sana nanti.
    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  2. Innalillah. Salam takziah dan alfatihah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Aamiin.

    ReplyDelete
  3. Al fatihah... pergi yg tiada pengganti

    ReplyDelete