Resepi Bingka Roti Pandan ni Ummi buat bersama Angah untuk tugasan Gerko. Bersempena Hari Bapa, murid diminta membantu ayah membasuh kereta ataupun menyediakan hidangan minum petang. Angah pilih sediakan minum petang. Abang pun pernah buat tugasan minum petang tahun lepas.
Pemilik resepi menggunakan pemanggang ajaib tapi Ummi steamed dengan Noxxa PC. Cara penyediaannya pun Ummi olah sedikit supaya senang Angah nak buat. Ummi kisar semua bahan kecuali roti kemudian tapis adunan ke atas roti yang telah dipanggang dan dicarik-carikkan. Panggang roti tu nak bagi nampak brownish dan berkerak sikit.
Bahan-bahan sedia ada di dapur je...
Resepi: BINGKA ROTI PANDAN
Sumber: https://www.rasa.my/resipi-bingka-roti-sedap-masak-guna-pemanggang-ajaib/
Bahan-bahan
5 keping roti – panggang hingga keperangan sebentar
2 biji telur
1
cawan tepung gandum
½
cawan gula
2
s/b susu pekat manis – Ummi tambah
400
ml santan & air (200ml santan kotak + 200ml air)
100 ml susu cair/susu segar
1
s/k esen vanilla
1
s/k esen pandan
1. Carik-carikkan roti yang telah dipanggang. Ketepikan
2. Kisar bahan-bahan lain hingga halus
3. Tapis
dan tuang ke atas roti tadi
4. Biarkan 15-20 minit hingga roti kembang
5. Oleskan minyak pada inner pot Noxxa
6. Tuang
adunan ke dalam inner pot. Tutup periuk Noxxa.
7. Steam mode: 26x. Bila beep, biarkan 10-15 minit hingga wap habis keluar. #Next time Ummi nak steam 30x supaya Bingka lebih keras.
8. Angkat
inner pot dan sejukkan sebelum bengkang dikeluarkan.
9. Potong sebelum hidang.
Kalau tugasannya Ummi tahu dan boleh bantu, cepatlah siapnya. Kalau yang Ummi tak reti, alamatnya tak submit pada cikgulah. Sekali tu cikgu suruh buat e-card sempena Aidilfitri. Memang tak siaplah jawabnya hehe... Lepas tu, ada juga tugasan bab ikatan.. Ummi mana tau... Abang pun di asrama masa tu. Buat-buat lupa je lah tugasan tu 😅
Ini pula hadiah Hari Bapa untuk Walid tahun ni :D
Sedapnya bingka roti! Kenyang perut makan beberapa potong!
ReplyDeleteCantik warna bingka.
ReplyDeleteHehe kena serba tahu untuk tolong.
Dismaping melengkapkan tugasan pdpr, sekeluarga dapat makan hidangan yang cantik dan sedap, terbau2 harumnya pandan
ReplyDeleteHarumnya bingka pandan..lagi sedap bila handsome little chef yang masak..hihihi
ReplyDeletesedapnyaaaa : )
ReplyDelete