Sunday 8 November 2020

Abang jadi Chef 👨‍🍳


Ini tugasan terbaru untuk subjek RBT Abang. Tahun lepas Abang dah pernah buat tugasan minum pagi secara berkumpulan. 
[ Klik sini: Abam Chef cilik




Kali ni disebabkan PKPB, tugasan dilakukan secara individu. Tugasan ulangkaji kata Guru... 

Arahan dari Guru... 

Kali ni Ummi ajar Abang buat roti sosej. Buat air teh O dia dah pandai... Selalu kalau nak minum teh Abang-lah tukang bancuh. 

Kad Menu... 
Tunjuk sikit Abang camne nak buat... 

1) Bahan-bahan ~ Roti, Sosej, Telur (dipukul), breadcrumbs 
2) Ambil sekeping roti, gelek hingga nipis di Kedua-dua bahagian 
3) Ambil sosej, letakkan di atas roti tadi. Gulung kemas dan sapu telur di hujung roti (gam). Buat hingga habis. 
4)  Salut roti bersama breadcrumbs
5) Goreng dengan sedikit minyak hingga golden brown. Guna api perlahan.
6) Hasilnya...
Ummi hantar gambar je pada Guru. Tak pandai nak buat video, nak edit semua tu... Tried juga record video, tapi lupa pula nak tekan butang 'record'. Kesian Abang bercakap sorang-sorang 😂😂😂 

Cuma gambar tu Ummi edit guna Canva apps untuk lebih presentable.


Ini pula ulasan  para juri... 
Alhamdulillah dah selesai tugasan Abang. Dapat feedback dari Guru... 

Terharu Ummi 😊

7 comments:

  1. Masak di rumah, tambah lagi pengetahuan.

    ReplyDelete
  2. wah boleh dapat markah cemerlang ni.

    ReplyDelete
  3. hehe jadi seronok pula kan buat tugasan sekolah bersama anak-anak ni meriah jer :)

    ReplyDelete
  4. tuuuu dia, juri punya ulasan, mantapppp!

    ReplyDelete
  5. Adik2 pun mesti gembira dapat makan sama2 hasil air tangan abang kesayangan.

    ReplyDelete
  6. Wahh pandai dah tu memasak. Bagus sangat ada guru pantau buat aktiviti kat rumah

    ReplyDelete
  7. menarik nyer :)

    teringat kan keje rumah anak buah aida di Bangi.
    buat jamuan secara google meet.
    apa lagi, kakak aida call kami semua adik-beradik.
    tepat jam 3 ptg, semua anak-anak kami berkumpul depan laptop dgn makanan yg meriah.
    google meet jamuan :)
    kerja rumah darjah 5, hazel.

    ReplyDelete