Saturday, 30 May 2020

Khatam Al Quran - Tahniah Abang


Antara hikmah PKP yang terbesar bagi kami adalah bila Abang dapat khatam Al Quran di musim PKP ni. Alhamdulillah syukur. Mula baca Al Quran dari darjah satu, darjah enam baru khatam sebab tak konsisten. Kadang tu dah masuk juzuk baru, dia lupa. Ulang semula juz awal... Itulah prosesnya, biar ulang banyak kali, biar lambat asal bacaannya lancar dan betul tajwidnya. Khatam Al Quran sebelum masuk sekolah menengah ni memang syarat yang Ummi tetapkan untuk anak-anak. Nak masuk asrama biarlah dah khatam Quran.

Status WA Ummi malam
29 Ramadhan 1441H yang lepas.

Abang ni terang hati alhamdulillah. Kenal Ψ§ Ψ¨ Ψ« hanya melalui subjek Nurul Quran di Pasti. Tak belajar iqra' tapi boleh baca Al Quran terus. Sejak darjah 1 dah mula baca Al Quran. Bila darjah 3 Ummi masukkan dia dalam kelas Aulad Huffaz di sekolah. Alhamdulillah hafaz juz 'Amma dan beberapa surah amalan. Sekarang ni nak cari guru untuk dia mantapkan hafazan sebagai persediaan masuk SMKA/SMA ataupun Ulul Albab. Kalau ada pengalaman, share dengan Ummi ye (tinggalkan komen please πŸ€—).

Tahniah Abang. Ummi Walid bangga dengan Abang ❤️❤️❤️. Sentiasa jadikan Al Quran sebagai teman akrab Abang ye. Hari-hari WAJIB baca Al Quran ye, walaupun satu helai. Ingat ye Abang. 

7 comments:

  1. Alhamdulillah ... Tahniah :D
    Singgah sini, done follow

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. tahniah Abang..
    semoga lepas ni lagi banyak kali khatam..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..akhirnya..banyak hikmahnya di musim PKP ni..

    ReplyDelete
  4. Tahniah. Seronok dapat khatam al-Quran.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..seronok tengok dah khatam Al-quran. Selamat hari raya maaf zahir & batin kak.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Tahniah abang. Semoga cemerlang dunia dan akhirat.
    Selamat Hari Raya PH :)

    ReplyDelete