Monday, 1 June 2020

Menu Raya 2020 - Nasi Impit & Kuah Lodeh


Untuk 2 Syawal, menu pilihan Ummi ialah nasi impit bersama kuah lodeh.  Walaupun raya tahun ni berbeza, selera raya tu sama je πŸ˜… Tetap juga nak makan sedap-sedap, nak makan juadah raya.


Kali ni Ummi gunakan resepi dari Datin Belina yang dikongsikan oleh majalah Nona. Nasi impitnya pula Ummi rebus guna Noxxa je (HP 25 minit). 

Resepi asal Datin Belina beliau jerang santan bersama serai dan bahan kisar hingga hampir mendidih barulah dimasukkan sayur-sayuran. Cara Ummi, Ummi tumis dulu bahan kisar dan serai barulah dimasukkan santan.

Di bawah ni resepi yang telah diolah manakala resepi asal  boleh rujuk di SINI .




KUAH LODEH
(Sumber: NONA)

Bahan-Bahan
1 batang lobak merah – potong memanjang
1 biji kentang – didadu
2 biji terung panjang – potong
¼ biji kobis – potong
6 batang kacang panjang – potong
2 keping fucuk – direndam & dipotong kecil
2 keping tauhu – digoreng & didadu (#AF 150C/5 minit)
1 ikat suhun – rendam & kerat
2 tangkai cili merah – hiris
¼ biji sengkuang – potong memanjang
1 keping tempe – didadu & digoreng (#AF 150C/10 minit)
1 cawan udang – buang kulit
2 kotak santan segera
2 batang serai – diketuk
Garam  

Bahan Kisar
1 inci kunyit hidup
8 ulas bawang merah
2 s/b udang kering – direndam & ditos

Cara-cara
1- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga layu.
2- Masukkan serai.  
3- Masukkan santan. Gaul sebati.
4- Masukkan carrot dan kentang. Reneh hingga keduanya lembut.
5- Masukkan sayuran lain. Diikuti dengan fucuk,tauhu,tempe & suhun. Masak seketika.
6-Masukkan udang.
7- Masukkan garam dan perisakan. Kacau hingga mendidih dan tutup api. Siap.


Alhamdulillah sedap betul air tangan Ummi hari tu haha... Bukan nak angkat bakul, tapi bila tengok anak-anak yang selama ni nak tak nak je makan lontong, tapi kali ni masing-masing berebut makan I'm sure memang sedaplah tu 😌. 

Selamat mencuba!

4 comments:

  1. Sedapnyaa...saya kalau masak lodeh memang akan makan dengan sambal kacang, kadang tu makan meratah aje...sedap!

    ReplyDelete
  2. Rajin cuba resipi.
    Alhamdulillah anak-anak suka.

    ReplyDelete
  3. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. sedapnya. raya ni tak jumpa lagi lodeh..

    ReplyDelete