Esok PKP Bersyarat (PKPB) akan bermula. Walaupun berat hati untuk keluar dari rumah, terpaksa akur dengan arahan dari majikan, demi sesuap nasi, betul? Amalkan membaca doa ni;
بسم الله الذى لا يضر مع اسمه شئ في الاءرض ولا فى السماء وهو السميع العليم
Moga Allah pelihara kita semua.
Perasan tak doa di atas tu dalam tulisan Arab/Jawi? Sebab Ummi guna SwiftKey Keyboard:) Sebelum ni pendam je perasaan nak ada keyboard Jawi/Arabic di phone. Sebab Ummi suka tulisan Jawi dan suka salin doa-doa. Selain tu, ada online quizzes yang cikgu-cikgu bagi dekat anak-anak kena jawab dalam Jawi atau Arabic (subjek KAFA). Ada sekali tu latihan Tajwid, sebab belum tahu guna SwiftKey Keyboard ni, Abang jawab soalan Tajwid guna rumi, dapat markah 2/20 je sebab jawapan dia tak sama dengan skema jawapan. Jawapan tu dah auto setting kan. Kalau cikgu tanda tu lain cerita. Kesian Abang :)
Rupanya mudah sahaja. Guna sahaja SwiftKey Keyboard yang mostly dah ada dalam Android phone. Cuba check phone masing-masing. Yang belum ada, boleh install.
Caranya;
Caranya;
Menu berbuka semalam main campak-campak je. Jadi, takdelah resepi yang nak dikongsi 😊
Kek Batik ni tak se-moist yang diharapkan :)(
Menu Iftar 9 Ramadhan 1441H
Nasi Putih
Kari Ikan Tongkol
Sambal Telur Puyuh
Sayur Pak Choy
Kek Batik
Bubur Lambuk Hj Man
Murtabak
Karipap by Ustazah
Pisang
Jus Lemon Pudina / Teh Tarik
Sebab hari ni post entry sebelah petang, bolehlah ucap سلامت بربوکا 🤗
Mrs. A pernah baca swiftkey keyboard ni dulu tapi tak ambil port sangat lepas ni nak godek-godek baliklah.
ReplyDeleteNak buat kek batik belum tercapai lagi asal nak beli biskut mary je dah habis hahahaa...
Kita pun 2-3 kali try baru dapat beli biskut Marie ni Mrs A :)
DeleteSalam ramadhan pkpb..semoga semuanya baik2 saja, ingat semuanya bergantung pd diri kita juga, langkah berjaga2 itu penting.
ReplyDeleteYa, kena tetap ikut langkah pencegahan yang telah digariskan.
DeleteCampak2 pun nampak sedap ja juadah tu puan hehe.
ReplyDeleteSalam Ramadan, saya singgah sini ya.
Jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)
Terima kasih sudi singgah SS :)
Delete