Semenjak para guru melancarkan serangan bertubi-tubi sempena PKP, keinginan untuk memiliki printer makin menebal dalam diri Ummi. Kemain ayat hihi... Kerja sekolah anak tak pernah surut, makin bertambah pulak tu :)
Jadi, bila PKP (now PKPB) di sambung hingga ke 9 Jun, tanpa berlengah belilah satu printer. Kami beli di Beacon. Printer Canon, 3-in-1 functions; print, copy & scan. Display price RM238. Tapi, time nak bayar, cashier punched RM189. Offer price katanya. Alhamdulillah rezeki. Harga di online platform for this model around RM249. Berbaloi juga kami tunggu hingga kedai stationery dibuka.
Seronok dapat print nota dari cikgu...
Masuk bab masakan pula, dah hampir 10 hari terakhir ni makin menjadi-jadi malasnya haha... Tapi semalam cuba juga resepi baru. Sebab nampak mudah.
Ini resepinya...
Bahan-bahan
Ayam - lumur kunyit dan goreng
Kentang - potong wedges - lumur kunyit dan goreng
Bahan kisar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Cili padi
Bahan Tumis
Bawang merah - hiris
Bawang putih - hiris
Serai - diketuk
Daun kari
Serbuk kari
Cara-cara
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan tumis dan goreng hingga layu.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi.
3. Masukkan pes kari daun tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng. Gaul sebati. Perisakan. Dah cukup rasa, tutup api. Siap.
Menu Iftar 18 Ramadhan 1441H
Nasi Putih
Ayam Goreng Masak Kari
Ikan Rebus Air Asam
Peria Katak Goreng Bertelur
Murtabak
Bubur Lambuk Hj Man
Teh Tarik / Kopi O / Air Ribena
Peria Ummi di belakang rumah dah mula berbuah ๐ |
ุงูุญู
ุฏููู ุนูู ฺฉู ุญุงู
Wah.. berbaloi sangat harga printer tu.. Sha pun pakai canon juga senang nak print kerja sekolah anak..
ReplyDeleteMenarik resepi yang dikongsi.. Macam mana agaknya rasa dia ye..
selalunya kari kita tak goreng ayamnya dulu, kan.
ReplyDeletewah, boleh try gaya gini ni.
seseklai ubah cara, kan :)