Semalam dapat kejutan istimewa dari Tok Umi, sekotak bekalan makanan untuk raya. Ada serunding daging, biskut almond London, kuih siput, maruku dan keropok kering. Tok Umi pos isnin pagi, selasa petang dah sampai. Cepat betul. Syabas Poslaju 🌹
Ada duit raya from Tok Ayah dan Tok Umi untuk anak-anak. Sayu pula rasa tak boleh cium tangan depa raya nanti :( Takpa, kita belum menang.
Air tangan depa ni rupanya biskut almond London tu.
Tq semua ❤️
Member ofis Walid pun ada kirim buah tangan juga. Sorang tu baru balik dari Kelantan, hadiahkan kuih sepit manakala seorang lagi bagi kerepek pedas. Alhamdulillah murah rezeki.
Sebut pasal kuih raya ni, Ummi belum ada mood nak buat. Nak beli je rasanya. Mungkin nak bakar kek je sebiji dua. Tengoklah macamana...
Berbuka semalam Ummi tak masak. Ada technician buat kerja pemasangan peralatan elektrik, dari pukul 1 sampai pukul 6.
One of the technicians accidentally terlanggar... Pecah separuh bahagian bawah tu huhu... |
Walid beli food dari sebuah kedai ni...
Menu Iftar 19 Ramadhan 1441H
Nasi Putih 5 bekas
Ayam Masak Kicap 2 ketul
Ayam Masak Merah 2 ketul
Ikan Goreng Berlada 2 ekor
Kari Ikan Pelaling 2 ekor
Roti John 1
Semua di atas ni harganya RM60. Mak ai mahai! Ummi bukanlah nak berkira tapi bagi Ummi harganya tak berpatutan. Kan? Tak kisah kalau mahal tapi berbaloi dengan apa yang kita beli. Ini lauk biasa-biasa je, ikan selar dengan pelaling je pun. Kedai pun kedai biasa bukan restoran ternama. Untuk berbuka semalaman mahallah rezeki kami nampaknya. Tak puas hati punya pasal, tak snap langsung gambar haha...
jangan sebut murah rezeki tetapi lumayan rezeki.
ReplyDeleteBaik, terima kasih tuan atas teguran 😊
DeleteAduh kesian bekas blender pecah. Harap dapat guna lagi.
ReplyDeleteMoga Allah gantikan makanan mahal dengan perkara lain yang lebih baik.
Alhamdulillah boleh guna lagi :)
DeleteAamiin 🌹
Alhamdulillah... serunding daging tu yang best sangat!
ReplyDeleteYe kak amie... Katanya both mil & fil yang sama-sama kacau serunding tu. ❤️ sangat.
DeleteAllah.. sayang blander tu..
ReplyDeleteBila beli tak berbaloi dengan harga memang rasa tak kena dibuatnya..
mak aii!
ReplyDeletekalau beli sotong ke, ketam ke, ok la harga gitu.
aduhai.
sini pun peniaga makanan da start up kan harga makanan.
sejenis aida, up kan harga, sorry la i nak beli!