1 Syawal 1441H / 24 Mei 2020
(Ahad)
π⭐π⭐
Eid Mubarak everyone!
Raya paling simple rasanya tahun ni. Raya dalam PKPB. Raya di perantauan tanpa ibu ayah sanak saudara disisi. Pastinya jadi kenangan yang tak akan dilupakan.
Sarapan kami simple je. Ummi goreng nasi butter bersama ayam KFC (leftover celebrate birthday Adik semalam).
Lemang dan rendang pelengkap juadah raya.
Tongkat, teks khurbah dan mimbar. Mahal kenangan raya kali ni :)
Usai solat, sesi bermaafan sesama anak beranak. Seronok sebenarnya raya kali ni, tak perlu tergesa-gesa nak ke sana ke sini. Ummi Walid ambil peluang bagi nasihat untuk setiap seorang anak-anak. Sesi bermaafan kali ni lebih intim dan tenang. Kalau raya di kampung tu, sekali lalu je depa salam Ummi Walid. Sebab semua kalut beratur nak duit raya dari Tok Umi dan Tok Ayah.
Video call dengan keluarga di Jitra. Ini pun a new norm celebrating raya this year. Harapnya raya haji ni dapatlah balik kampung πππ
Biru - tema raya depa. |
Selesai dalam rumah, keluar meronda sekejap di kawasan sekitar. Tak dapat balik kampung, kita tumpang tengok suasana raya di kampung-kampung sekitar. Sama juga seperti di kawasan perumahan, suasananya hambar. Masing-masing beraya dalam rumah sahaja. #stayathome, stay safe.
Untuk lunch, Ummi masak Nasi Carrot diregukan bersama Daging Masak Hitam yang Ummi masak petang 30 Ramadhan. Inilah juga juadah untuk Abg Aqim dan Abg Aiman yang datang beraya. Depa dualah tetamu raya kami tahun ni. Dua-dua pun bujang, merayaplah ke rumah Maksu depa ni :)
Memang lepak sungguh raya kali ni. Makan, minum, tonton TV, tidur.... Bangun tidur, repeat aktiviti sama.
Dinner!
Memang berbeza raya kali ni π
Salam raya PKPB
ReplyDeleteMaaf zahir dan batin
Maaf Zahir & Batin Wak.
DeleteAda juga tetamu datang walaupun 2 orang je.
ReplyDeleteAlhamdulillah 3 sampul duit raya dapat anak-anak Puan Hazel dapat.
Alhamdulillah, ada juga duit raya utk depa :)
Deleteselamat hari raya puan hazel dan keluarga..maaf zahir batin
ReplyDeleteSelamat hari raya Mama Yan :)
DeleteSelamat Hari Raya K.Zack sekeluarga. Maaf zahir dan batin.
ReplyDeleteSelamat hari raya Kak Long :)
Deleteselamat hari raya aidilfitri. norm baru yg lebih santai kan. seronok juga kan sebab santai2 saja
ReplyDeleteSelamat hari raya SV. Tq for coming.
DeleteYup, more laid back raya, a new experience for us.
selamat hari raya..tgk gmbr makanan tgh puasa ni..lapar la plak
ReplyDeleteSelamat hari raya MT.
DeleteWah, dah start puasa enam 6 :)
Ada juga baju raya sedondonπ..
ReplyDeleteNampak meriah juga tu. Anak2 akk suruh pakai baju raya yg tahun lepas, malas dirg katanya buat apa, bukan nak pi beraya, hrmmmm..
Baju raya wajib kak walaupun raya di rumah je :D
DeleteEn Suami siap tempah baju baru even though tahu tak boleh balik kampung @ beraya sana sini hihi...
Suka tgk anak2 video call masa hari raya.
ReplyDeleteUjian kita semua kan hazel, selamat hari raya maaf zahir dan batin.
Selamat hari raya Juju.
DeleteItulah raya cara baru hihi...
Selamat hariraya maaf zahir batin.. masih meriah tu wpun berbeza
ReplyDeleteSelamat hari raya mama :)
DeleteKena bagi meriah supaya anak-anak seronok. Depa penat berpuasa sebulan alhamdulillah.
Dinner tu juga yang nampak lebih sedap, hehe.
ReplyDeleteSalam Aidilfitri Puan Hazel sekeluarga.
ReplyDeletesalam aidilfitri.. maaf zahir batin..
ReplyDeletememang trasa berbeza tapi hikmahnya trasa cukup banyak =)
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat Puan Hazel
ReplyDeleteSelamat hari raya maaf zahir batin kak.
ReplyDelete