Tuesday, 19 March 2024

Resepi Ramadhan #3 ~ Acar Ikan Masin

Salah satu menu pembuka selera di waktu sahur ialah Acar Ikan Masin. Anak² walaupun tak makan sangat ikan masin dan aksesorinya tapi tetap suka gaul kuahnya dengan nasi. 

Ummi guna isi ikan masin yang dibeli di Sungkai tempohari. Acar ni Ummi masak Sabtu sebelum puasa tu. Buat sebelum puasa dapatlah test rasanya. Ummi jarang buat acar sebegini jadi memang kena try test semasa memasaknya untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Kalau kari ke masak lemak ke kita dah boleh agak garam gulanya nak letak banyak mana kan ... 

Acar Ikan Masin
Sumber: Rasa

Bahan-Bahan:
Ikan masin ~200gm (ikan talang/ kurau/ malong)- rendam dulu sekejap untuk hilangkan lebihan masin
Lobak asin ~100gm potong kecil2 - tak letak 
Bawang merah 8 biji - belah 2 @ 4
Bawang putih 5 ulas - belah 2 @ 3 
Halia dihiris memanjang
Cili padi 20 biji
Kismis (raisin) - tak letak 
Saya juga tambah (optional):
Buah pala kering - ganti dengan jeruk Pak Ali 
1 sudu besar serbuk kari daging
Cuka 1 1/2 cawan
Gula 1 1/2 cawan - gula merah @ gula putih 
Garam jika perlu

Bahan Kisar:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Cili kering yg sudah diblend, dalam 3 sudu besar

Ada sepeket Jeruk Madu Pak Ali pemberian Cik As awal tahun lepas, Ummi hiris² dan masukkan ke dalam Acar Ikan Masin ni. Kita buat dia.... Letak je apa yang ada :p 

Cara Penyediaan: 
1. Rendam bawang merah, bawang putih di dalam cuka (tak perlu tambah air). Biarkan.
2. Goreng ikan masin yg telah direndam dan ditoskan. Goreng sehingga garing sedikit. Angkat dan ketepikan. 
3. Dengan minyak yg sama, tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak.
4. Masukkan 1 sudu besar serbuk kari daging dan tumiskan lagi sehingga naik minyak.
5. Masukkan bahan² yg telah direndam dengan cuka tadi. Masukkan sekali dengan cuka rendaman tadi tapi agak² kuantiti agar rasa acar tidak terlalu 'tajam'. 
6. Seimbangkan rasa masam cuka dengan gula, tak semestinya 1 ½ cawan
7. Setelah itu masukkan cili padi, kismis dan lobak asin dan kacau² sebentar dan masukkan sekali ikan masin. Kacau sebati dengan api perlahan sehingga pekat dan likat.
8. Akhir sekali, perasakan dengan garam (jika perlu) dan sesuaikan rasa. Tutup api. Siap! 
 


Monday, 18 March 2024

Beli Ikan Masin di Sungkai

Sementara menunggu hidangan Daging Rusa Masak Merah disiapkan, Ummi ke kedai sebelah Mus Tomyam tu. Dari jauh Ummi nampak petai bergayutan, jadi Ummi ingat kedai buah atau kedai runcit. 

Rupanya...

Wah 😍
Elok² ikan keringnya. Nampak baru dan elok belaka walaupun 'diimport' dari Tg Dawai, Kedah ke Sungkai, Perak :D 

Sakan la Ummi shopping...

Ikan Masin ni dah selamat Ummi buat acar nak sambut puasa hari tu. Selain tu Ummi beli macam² jenis ikan masin lagi buat stock. Bagi juga sebungkus Ikan Gelama Masam untuk Mak Bee. Masa pergi Sg Besar hujung tahun lepas Ummi beli juga untuk Mak Bee. Dia suka, sedap katanya ikan masin tu. Ikan Gelama Masam ni makan dengan Pulut Tanak + Kelapa sedap tak tau nak habaq 😁

Kulat/Cendawan Sisir. Beli juga barang rare ni :) 

Buah Kulim ni boleh dibuat ubat, tapi tak ingat untuk penyakit apa 😅. Rebus dan minum airnya. Ummi tak beli pun, sekadar simpan sini gambar buahnya. 

Seronok shopping dekat kedai² kampung gini. Walau hakikatnya harganya tidaklah murah sangat pun berbanding di bandar. Tapi, kualiti (ikan masin ni) mungkin lebih elok. Itu yang rambang mata juga walaupun sekadar shopping ikan masin :D 

4-6 Ramadhan ~ Abang PB

Ahad 10.3 balik ke asrama, Jumaat balik rumah pula :D Bulan puasa ni boleh PB (Pulang Bermalam) setiap minggu. 

1st group photo for 2024/25 School Session :) Sorang dah takde, ke MRSM TGB.
Ustaz dah 'tenggelam' dengan ketinggian anak¹⁰ halaqah :D  




Sunday, 17 March 2024

Kempen Early Bird & Ihya' Ramadhan

15.3.2024 | Jumaat

SRAI buat pelancaran Kempen Early Bird & Ihya' Ramadhan semasa perhimpunan pagi. 

Perasmian oleh Pn GB. 
Untuk program ni 10 murid terawal datang ke sekolah akan dapat hadiah 😍
Anak² Ummi walaupun datang sebelum pukul 7, nampak gaya macam susah nak jadi the first 10. Kalau 20 orang ada harapan hihi...

Meriah pelancarannya... Ada maskot... 

Kakak kata dia kenal siapa di sebalik maskot ni, Cg BM dia hehe... Dia kenal mata cikgu katanya :D 

Program Ihya' Ramadhan ni pula setiap tahun diadakan. Semalam pun pakat bawa balik borang sumbangan. 

Tahun lepas Kakak terlibat dengan program hafazan sempena penutup Ihya' Ramadhan. Tahun ni katanya nak join lagi 👍

#Photos: Credit to PK 1


Saturday, 16 March 2024

Resepi Ramadhan #2 ~ Enoki Goreng Tepung

Sebelum ni bukan tak pernah buat Enoki Goreng Tepung tapi lain sikit caranya. Kali ni Ummi tengok dekat TT, tak ingat siapa share; dia guna Tepung Bestari kering dan Tepung Bestari yang dibancuh dengan air. 

Cara Penyediaan: 
1. Tanpa buka plastik pembungkus, potong kaki cendawan Enoki. Keluarkan dari plastik, bahagikan ikut perdunya dan basuh dengan cara lalukan di bawah air dan toskan. 
2. Tuang Tepung Bestari dalam mangkuk. Ketepikan. 
3. Ambil lagi satu mangkuk, masukkan Tepung Bestari dan tambah sedikit air. Bancuh sedikit pekat.
4. Ambil 1 perdu cendawan Enoki, celup dalam mangkuk Tepung Bestari kering (Mangkuk 1), angkat dan celupkan ke dalam mangkuk kedua (Tepung Bestari + air). 
5. Goreng dalam minyak panas hingga golden brown. Angkat dan tos minyak. Sedia untuk dihidang. 

#Steps 1-3 boleh rujuk gambar 👆

Alhamdulillah selain untuk berbuka anak beranak, dapat juga kongsi menu ni dengan Cik As. Ingatkan dah setel hutang, eh dia balas dengan popia goreng pulak 😁 

Angah ~ Medical Check Up

11.3, sehari sebelum puasa Ummi bawa Angah buat medical check up untuk masuk asrama. 

Pergi regi di Poliklinik Mediprima dulu then cari breakfast sebab adik kaunter tu kata patient ramai. Hari isnin kot 🤭 Dalam sejam dia suruh datang balik. 



Pusing sana, pusing cari kedai makan, akhirnya kami singgah di Warung Puteri. Kami makan nasi lemak. Angah lauk ayam, Ummi lauk ikan keli. 

Usai makan, elok nak masuk kereta Walid called. Katanya klinik suruh datang sekarang untuk medical check up. 

X-ray dulu. 

Lama juga kami menunggu untuk jumpa Doc. Mujurlah klinik ni lawa dan selesa.  

After almost 1 hour selesai urusannya. Untuk medical check up with x-ray ni cajnya RM85. Ummi rasa murah berbanding Abang dulu. Kena RM120 tak silap. Doc tu insisted untuk buat blood test ke urine test ntah lupa dah ... Padahal nurse dia dah explained nak buat medical check up untuk masuk asrama je. Sebab tu kali ni kamj pergi klinik lain. Kalau nak murah lagi, boleh buat appointment dengan KK, book slot thru My Sejahtera. Cuma ramailah senarai menunggunya... 

Selesai urusan di klinik, ke masjid pula untuk minta sign & stamp Nazir masjid . Ada few forms yang perlu disahkan. 

Hopefully semuanya berjalan lancar untuk registration nanti 🤲



Friday, 15 March 2024