Monday, 9 November 2026

Lunch I Kari Daging & Ayam Goreng Kunyit

Ikutkan malas nak masak sebab kenyang sudah sarapan di Warung Ambe. Tapi Jumaat tu anak² asrama balik sempena cuti Deepavali. Walaupun lunch disediakan di asrama, tapi balik ke rumah mesti nak juga makan nasi. Begitulah Ummi dulu pun. Masa arwah Tok duduk di kampung dulu, setiap kali sampai di rumah Tok, cari nasi juga. Ada nasi sejuk gaul sambal belacan pun takpe dah. Tapi selalunya Tok akan masaklah kalau anak-anak nak balik kampung. 

Lauk utama kari daging campur kentang. 

Lauk tambahan ayam goreng kunyit. 
Goreng bawang dan cili tabur atas ayam banyak-banyak, sedap. 

Ada kari, kena ada sambal belacan baru lengkap. Ulamnya timun dan daun belalai gajah rebus. 

Masa menjenguk buah pelam teloq tu petik sekali daun belalai gajah ni. Jumpa juga sebiji cili merah, petik masuk sekali dalam sambal belacan. Acah-acah menu from farm to table gitewww :D 

Alhamdulillah semua kekenyangan. 

No comments:

Post a Comment