Thursday, 19 November 2026

Segmen I Kenapa Saya Ada Blog by Blogger Mulan




Sempena 20th Blogiversary blognya, Sis Mulan adakan Segmen Kenapa Saya Ada Blog. Menarik tugasan yang perlu dibuat ni. Klik pada banner untuk ketahui syarat/tugasan/info berkaitan segmen ni. 

Kenapa Saya Ada Blog?
Niat utama Ummi buat blog adalah sebagai online diary. Ini yang pertamalah. Sebab tu nama blog pun Hari-Hari yang Ku Lalui. Kalau boleh semua benda nak ditulis/dikongsi dalam blog ni :D 

Kadang bila baca balik entry lama, tersenyum sorang-sorang tengok gambar anak⁴ waktu kecik dulu. Inilah kelebihan blog, tempat menyimpan gambar dan merekodkan perkembangan dan aktiviti anak-anak. 

Yang kedua pastinya nak simpan dan kongsi kenangan bersama orang-orang tersayang. Ummi pernah dengar dari seorang tokoh, tujuan dia menulis buku adalah sebagai legasi dia untuk khalayak yang perlukan rujukan bila dia sudah tiada. Ummi pula mengharapkan blog ni menjadi tatapan anak cucu Ummi kelak. Ummi tak berkesempatan mengenali arwah datuk nenek, baik di sebelah Tok atau Tok Wan. Jadi, di blog ni Ummi sering coretkan tentang Tok dan Tok Wan (my parents) supaya anak-anak Ummi kenal datuk nenek mereka. Abang dan adik-adiknya sempat membesar bersama Tok tapi tidak seorang pun antara mereka pernah bersua dengan Tok Wan. 

Ketiga, blog adalah platform untuk Ummi menambah kenalan dan berkongsi info yang tidak seberapa dengan warga maya. Mudah-mudahan jika ada benda baik seperti resepi, perkongsian ilmu, info sedikit sebanyak dikira sebagai amal baik dan beroleh saham di sana nanti. 

Banyak kenangan manis Ummi raih sepanjang berblog. Paling seronok dapat menambah kenalan di alam maya. Kawan-kawan bloggerlah teman berbual Ummi setiap hari. Ada yang pernah bersua muka, ada yang belum pernah bersua tapi mesra macam kenal rapat. Paling seronok semuanya saling menyokong antara satu sama lain. Alhamdulillah setakat ni tak jumpa lagi yang toxic :D 


Antara bloggers yang Ummi pernah jumpa; SA, Sis Lin, Ezna, Carneyz, MZ, Linda, Ako (maaf kalau ada yg terlupa sebut). 
Semuanya otai belaka, kita je newbie ahak 😆 

Last but not least, nak ucap Happy 20th Blog Anniversary (Blogiversary) Sis Mulan! 
20 tahun pastinya macam-macam memori pahit manis yang tersimpan dalam blog kesayangan. Semoga terus istiqomah berblog ❤️

No comments:

Post a Comment