Monday, 16 November 2026

Nasi Minyak Lagi 😋

Nampaknya Walid pun dah berkenan dengan nasi minyak Ganu ni 😁 
3 hari berturut-turut sepanjang di Terengganu Walid makan nasi minyak. 
Hari pertama makan nasi minyak di kenduri anak Cg Hj Nordin di Kerteh.
Hari kedua makan nasi minyak di NDAT. 
Hari ketiga beli nasi minyak pulak untuk sarapan :D 

Nasi minyak lauk ayam masak merah, teh tarik + hujan dekat luar. Syahdu dan padu :D 

Setiap bungkusan nasi minyak disertakan dengan acar timun. 

Penuh meja dengan pelbagai hidangan.
Adik dan Angah tak nak nasi minyak , Walid beli juga nasi lemak. Itu yang ada sambal tumis tu. Kekenyangan semua alhamdulillah. 

Kek lapis yang beli di Mydin Mall. Sedap juga. 

Sebenarnya ada kejadian lucu pagi Isnin ni. Ummi bangun tidur sekitar jam 5 pg, jenguk ke ruang tamu tengok Abang dah siap mandi dan berpakaian lengkap nak ke kuliah. Kelas pukul 8 pg. Semangat betul nak ke kuliah :D 


Lepas solat Subuh tu teruslah panaskan bihun dinner malam tadi. Kenyang sampai ke malam makan celup tepung di Nizam Celup Tepung tu. Jadi bihun tu Ummi simpan dalam peti ais. Dapatlah Abang lapik perut dengan bihun dan kek lapis 👆🏻

Pukul 7.15 macam tu, keluarlah the boys 3 beranak ke kampus dan beli sarapan. Tup-tup patah balik dengan Abang sekali. Rupanya kelas pukul 8 tu cancel. Member tak check WA group 😂
Lecturer dah maklumkan pukul 6.30 pg tadi lagi. Hai la Abang.... 


Lepas sarapan pakat mandi dan bersiap.
Sebelum tu kemas homestay dulu. 
Nak check out dah today. 

No comments:

Post a Comment