Kisahnya SA texted Ummi Sabtu lepas. Nak bagi sambal belacan 😍
Allah, terharu tau!
Mungkin sebab Ummi ni selalu komen nampak sedap sambal belacannya bila SA up cerita masak-masak, itu yang SA tergerak hati nak bagi Ummi rasa. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak :D
Tengok gambar pun dah tak sabar nak rasa 😁
SA bagi juga sambal tempoyak daun kayu yang depa adik beradik bergotong royong masak tempohari. Ada SA up dekat blog itu hari.
Sepatutnya Ummi dapat kiriman ni semalam (Selasa). Tapi Walid terlupa bawak balik 😅
Lepas jumpa SA terus simpan dalam peti ais ofis. Time balik lupa nak ambik huhu....
Ummi pula memang tak masak sayur la semalam sebab dok tunggu nak makan sambal tempoyak daun kayu tu. Pastu nak hiris timun la untuk regu sambal belacan tu.
Alhamdulillah hari ni kiriman SA tu selamat diterima dan dinikmati dengan berseleranya. Alhamdulillah dua-dua elok je. Sambal tempoyak daun kayu tu SA frozen-kan. Duduk semalaman dlm peti ais slowly dia defrost, tapi elok je. Ummi panaskan dulu, memang sedaplah makan.
Sedap sambal belacan SA ni 👍🏻
Sambal tempoyak daun kayu tu pulak memang marvelous, rasa ori tempoyak daun kayu nogori. Kata SA tu resepi arwah bondanya, Mak Pah. Patutlah sedap, resepi ibu.
Dek kerana sambal belacan ni jugalah Ummi terlintas nak kongsi buah sulong mangga telur dengan SA. Segan pula takde apa² untuk SA jadi Ummi kait setangkai untuk SA. Setangkai je dapat bagi sebab buah tak banyak (6-7 tangkai je). Cik Leha awal-awal dah booking setangkai dua nak buat colek 😁
Bik Yatie belum nampak kot buah tu, dia pun penggemar buah masam-masam ni.
Orang memberi kita merasa
Orang berbudi, kita berbahasa.
Terima kasih banyak SA, I'm touched 😘
No comments:
Post a Comment