Tuesday, 17 September 2024

Bermalam di Meru Raya, Ipoh

Sekali lagi kami memilih Sun Inns sebagai tempat bermalam. Hanya tinggal 1 bilik deluxe (RM115/night) available, rezeki kami. Sekadar nak bermalam tu bolehlah, bukan utk selesa. Bilik kami dapat kali ni pun memang kecik. Bilik untuk 2 orang, kita sumbat 6 orang 🤭 Nak minta bilik extra tapi semuanya fully booked. Bilik family yang selalu kami tempah pun sold out. 

Hari tu kan ramai sangkut dalam traffic jam, jadi ramai juga yang cuba walk in. Sayang, takde bilik kosong untuk mereka. 

Kami suka menginap di hotel ni sebab lokasinya sangat dekat dengan highway, selain dekat dengan segala kemudahan; Mydin, kedai² makan dsbnya. Hotel pun ada lift. Cuma rasanya pihak pengurusan kena refurbish hotel ni. Contohnya tilam, dah sampai masa untuk tukar kot. Rasa macam naik buai bila baring atasnya 😆 Spring dah out agaknya. Buatlah sesuatu supaya hotel ni terus jadi pilihan pelanggan. Location wise, price wise semua okay dah. It's just need some refurbishments. Aircond pun lambat nau nak sejuk :( 

Dinner malam tu kami makan di kedai berhampiran Petronas tu je. Kedai² area hotel tu semuanya nampak penuh je. 

Mee Celup.
Hujan malam ni lagilah sedap hirup sup panas² ni. 

Lepas makan, balik hotel ingat nak tidur. Rupanya ada event dekat area dataran depan Casuarina tu. Ada konsert, sampaikan dekat bilik kami pun boleh dengar dengan jelas. Makanya, midnight (habis konsert) jugalah baru boleh tidur pun 😴
 








Monday, 16 September 2024

Kita Hanya Merancang

Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. 

Rancangan asal, cuti sekolah ni kami nak ke Mersing. Dah booking hotel sejak 2-3 bulan lepas. Kali pertama Ummi & Walid ke Mersing masa cuti CNY, bulan 2 tahun 2008. Cadangnya kali ni nak revisit Mersing bersama anak⁴. Makin dekat dengan cuti sekolah rasa macam ada kekangan ke sana, berat hati. Walid pun asyik outstation ke Johor sejak bulan lepas, banyak belanja. Cancel booking hotel di Mersing, kami tukar plan ke Pahang pula, cari tempat yang dekat² sikit dengan Selangor, jadi tak perlu travel jauh dan dapat kurangkan kos harapnya. Masa dah suntuk, tak banyak tempat yang available. Akhirnya dapat juga booking homestay di Jengka, Pahang. Tapi hati masih berkira² nak bayar deposit, as if ada juga halangannya. Teragak² kata orang Kedah :D 

Rupanya ada undangan istimewa, dari seseorang yang istimewa juga ke majlis perkahwinannya. Maka, berubah lagi destinasi percutian kami. Lagi struggle nak cari tempat bermalam, sementelah jemputannya hadir seminggu sebelum cuti sekolah. 

Sabtu 14.9.2024 

8.30 pagi di Sri Gombak, trafik dah sesak. Kiranya kami sebahagian penyumbang kesesakan luar biasa jalan raya kali ni. 

9.30 baru sampai sini 😬
Lama dah tak kena traffic jam teruk macam ni, kalah balik raya gayanya. Pukul 11 lebih baru sampai Behrang. 3 jam tak keluar dari Selangor lagi huhu... Singgah for toilet break sekejap, itu pun kemain sesak tandasnya. 

Anak⁴ dalam kereta dah macam² ragam, macam² aktiviti depa...

Abang ada tuition Math. Mampu dia joined  online class tu 2 jam dalam kereta. Kalau Ummi pening dah 😅
Function ye phone holder Angah bagi tu :D 

Ni sorang lagi, baca komik dalam kereta. Ummi tengok phone dalam kereta pun pening, inikan pula nak baca buku :D 

Nak hilangkan stress, penat dan mengantuk hadap traffic jam ni, makan la jawabnya. Cheese tart memang Ummi order utk makan sendiri, bukan nak dibawa ke rumah kenduri. 

Trafik sesak kedua² hala. 
Ada beberapa kali juga kami nampak accident :( 

Akhirnya, jam 3.00 ptg baru kami sampai di rumah kenduri. 6 jam ½ ye perjalanan kami dari Gombak ke Ipoh kali ni. Bak kata Husin, 
"Dahsyat gilerrr" :D 
Kenal Husin? Ala, Dato' Awie, dalam Zombie Kampung Pisang tu :) 

Alhamdulillah terlaksana hajat meraikan jemputan kesayangan Ummi sorang ni, walaupun pelbagai rintangan dilalui :D 

# Tak sempat blog walking, soon Insha Allah 😌









 


Sunday, 15 September 2024

Kipas Leher

Walid meeting di Johor Port Isnin lepas. Balik tu adalah buah tangan yang diberi oleh pihak sana kepada peserta meeting. 

Set straw besi, pen dan leafless neck fan beserta non woven bag. Benda² tu semua biasa dah Ummi tengok/dapat tapi yang kipas leher ni first time tengok 🤭

Tapi anak² sekarang ni kan advance, depa tau semua. Siap demo dekat Ummi cara nak guna :D 

Sangkut dekat leher, on button nanti rasalah angin keluar ikut lubang² tu. Ada button untuk adjust kelajuan juga. Tapi kalau buka high speed tu bising, macam kita letak muka dekat dengan stand fan haha...Ada juga orang terfikir nak reka fan gini kan... 

Fan ni chargeable, ada disertakan kabel pengecas ataupun boleh je charge guna charger handphone. 

Function jugalah benda alah ni. 
Angin kuat 👍

Saturday, 14 September 2024

It's School Holiday!


Alhamdulillah sekarang kalau cuti sekolah dah tak jadi singa, jadi mama bear je :p Fasa depa bergaduh, berebut mainan segala dah lepas.  Masing² dah besar, Ummi  tak payah nak bertempik macam Tarzan dah 🤭 Paling best boleh suruh depa tolong buat kerja rumah :D  

Jumaat Ummi jemput hero² balik dari asrama. 
Gambar lama, kelmarin hujan lebat tak sempat ambil gambar. Lencun anak soleh Ummi. Dengan Ummi sekali basah, tolong angkat barang. Kena kosongkan loker sebab asrama akan digunakan utk penempatan peserta program anjuran KPM kot. 

Masa balik ke rumah tu, teruk juga traffic jam-nya, sebab kenderaan dah mula banyak menghala ke Tol Gombak. Merangkak² jugalah sementara nak boleh masuk ke Sri Gombak. Fenomena biasa bila cuti sekolah, cuti perayaan. 


Walid la yang teruk hadap traffic jam Jumaat lepas. Lepas Jumaat gerak dari Benut, lepas Isyak baru sampai rumah. 

Bawa balik ayam goreng dari Benut. Ayamnya masih dijual dgn harga seringgit/seketul. Besar, dan sedap pulak tu 👍 

Selamat bercuti, selamat berhujung minggu 🌹 

Penutup Bulan Kemerdekaan


Semalam berlangsung majlis penutup Bulan Kemerdekaan di SRAI. Adik pakai baju bertema Merdeka, manakala Kakak pakai baju PJ je.  Dah besar ni dia tak minat nak pakai baju² bertema ni, kecuali geng dia pakai sama. Tahun ni takde pertandingan baju Merdeka, sekadar dipakai untuk memeriahkan majlis. 

Selain tu ada beberapa acara dipertandingkan untuk memeriahkan sambutan. Antaranya pertandingan Basikal Berhias. 

First time rasanya ada pertandingan begini 👍 Basikal hias siap² di rumah, semalam bawa ke sekolah. 

Pertandingan Membina Replika KLCC Menggunakan Bahan Terbuang. Kakak nak masuk pertandingan ni tapi dah penuh. Pertandingan secara berkumpulan, ikut rumah sukan masing². Kagum Ummi tengok hasil kreativiti anak² ni 👍 

Ada juga pertandingan hias koridor, juga ikut rumah sukan. Penglibatan Kakak, tolong cikgu hias koridor rumah biru :) Adik pun tak masuk apa² pertandingan kali ni . 

Guru² lelaki sporting berkain pelikat dan berbaju Melayu semasa pelancaran bulan kemerdekaan bulan lepas. Cikgu² perempuan pula berkain batik dan berbaju kurung. Cantik pulak tema begini. 

Simpan sini untuk kenangan, walaupun takde penglibatan anak² Ummi kali ni :) 

Thursday, 12 September 2024

Keledek Rebus

Pagi ni kena scam dengan gegirls... Semalam depa janji nak sarapan roti canai sama² dekat warung nasi lemak Adik selalu beli tu. Tup² sampai warung tu pakat tukar fikiran, just singgah beli nasi lemak bungkus je. Ummi suruh Kakak belikan Ummi roti canai sekeping. 

Mana kenyang makan roti canai je, perut ni minta nasi juga. Godek² dapur teringat ada beli keledek ungu semalam, rebus yang tu la... 

Jemput jamu mata 🤗

Wednesday, 11 September 2024

Al Fatihah ~ Sri

11 Sep 2024 I 7 Rabi'ul Awwal 1446H 
Sedih sangat hati Ummi bila dapat khabar sahabat uni kami, Sri telah meninggalkan kami semua semalam. Dijemput kembali ke negeri abadi setelah 16 tahun diuji dan berjuang melawan kanser. Setahu Ummi, arwah pernah bebas kanser tapi sel kansernya kembali aktif dan merebak hingga ke tulang belakang.
 
Ramai sahabat² yang hadir malam tadi. Arwah sangat disenangi dan disayangi rakan², ceria dan ramah orangnya. Walaupun diuji dgn kanser tapi ceria dan positif orangnya, tak pernah berubah perangainya dari zaman uni. 

WA terakhir kami, then Ummi jumpa arwah masa wedding Aunty Shad 18.5 lepas. Kali pertama bertemu selepas kami graduate. Lama tak jumpa tapi kemesraan arwah tak pernah pudar. Dan Ummi pun sentiasa ikut perkembangan arwah dari AS, yang sememangnya rapat dengan arwah. Depa roommate masa uni dulu. Ummi pula selalu ke bilik depa jumpa AS. Jadi Ummi pun kenal arwah dari situ. 

Arwah meninggal di Hospital Sg Buloh, jam 1.55 ptg semalam. 

Dikebumikan selepas solat Isyak semalam.

Semoga diberi kerehatan abadi utkmu Sri ❤️