Monday 16 September 2024

Kita Hanya Merancang

Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. 

Rancangan asal, cuti sekolah ni kami nak ke Mersing. Dah booking hotel sejak 2-3 bulan lepas. Kali pertama Ummi & Walid ke Mersing masa cuti CNY, bulan 2 tahun 2008. Cadangnya kali ni nak revisit Mersing bersama anak⁴. Makin dekat dengan cuti sekolah rasa macam ada kekangan ke sana, berat hati. Walid pun asyik outstation ke Johor sejak bulan lepas, banyak belanja. Cancel booking hotel di Mersing, kami tukar plan ke Pahang pula, cari tempat yang dekat² sikit dengan Selangor, jadi tak perlu travel jauh dan dapat kurangkan kos harapnya. Masa dah suntuk, tak banyak tempat yang available. Akhirnya dapat juga booking homestay di Jengka, Pahang. Tapi hati masih berkira² nak bayar deposit, as if ada juga halangannya. Teragak² kata orang Kedah :D 

Rupanya ada undangan istimewa, dari seseorang yang istimewa juga ke majlis perkahwinannya. Maka, berubah lagi destinasi percutian kami. Lagi struggle nak cari tempat bermalam, sementelah jemputannya hadir seminggu sebelum cuti sekolah. 

Sabtu 14.9.2024 

8.30 pagi di Sri Gombak, trafik dah sesak. Kiranya kami sebahagian penyumbang kesesakan luar biasa jalan raya kali ni. 

9.30 baru sampai sini 😬
Lama dah tak kena traffic jam teruk macam ni, kalah balik raya gayanya. Pukul 11 lebih baru sampai Behrang. 3 jam tak keluar dari Selangor lagi huhu... Singgah for toilet break sekejap, itu pun kemain sesak tandasnya. 

Anak⁴ dalam kereta dah macam² ragam, macam² aktiviti depa...

Abang ada tuition Math. Mampu dia joined  online class tu 2 jam dalam kereta. Kalau Ummi pening dah 😅
Function ye phone holder Angah bagi tu :D 

Ni sorang lagi, baca komik dalam kereta. Ummi tengok phone dalam kereta pun pening, inikan pula nak baca buku :D 

Nak hilangkan stress, penat dan mengantuk hadap traffic jam ni, makan la jawabnya. Cheese tart memang Ummi order utk makan sendiri, bukan nak dibawa ke rumah kenduri. 

Trafik sesak kedua² hala. 
Ada beberapa kali juga kami nampak accident :( 

Akhirnya, jam 3.00 ptg baru kami sampai di rumah kenduri. 6 jam ½ ye perjalanan kami dari Gombak ke Ipoh kali ni. Bak kata Husin, 
"Dahsyat gilerrr" :D 
Kenal Husin? Ala, Dato' Awie, dalam Zombie Kampung Pisang tu :) 

Alhamdulillah terlaksana hajat meraikan jemputan kesayangan Ummi sorang ni, walaupun pelbagai rintangan dilalui :D 

# Tak sempat blog walking, soon Insha Allah 😌









 


16 comments:

  1. ramai yg ckp weekend lepas memang jam sana sini..
    MA x gi mana2 pun..weekend ni la kot.. pun risau gak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang teruk jem-nya MA.
      Weekend ni pun rasanya akan jam juga. Biasalah cuti sekolah dah habis, nak balik semula ke ibu kota atau hantar anak balik asrama pula

      Delete
  2. Rabak betul jammed, rasanya bosan jugak kalau asyik makan jer dalam kereta, hihi. Kita hr tu dari Johor, 4 jam nak smpi Melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tapi itu yg boleh dibuat haha... Habis segala bekal kami :D

      Delete
  3. nasibaik masih ada menu kenduri walaupun dh lmbt smp...mmg jalan jammed truk kalini...kwn kita pi teluk intan 5jam....mmg blk gmbk vkend aritu dr mrr2 nmpk yg hala tol gombak masih pjggg jammed

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau juga sebenarnya takut kenduri dah habis 😂
      Tapi ramai lagi tetamu that time, mgkn orang jauh macam kami juga..

      Delete
  4. Nasib baik sempat singgah kenduri.
    Ya sayapun pening kalau lama-lama membaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sempat NA, walaupun cuak juga hihi...

      Delete
  5. Jalan2 masa cuti panjang memang puas makan jem

    ReplyDelete
  6. Kami sangkut masa nak balik dari Kelantan. Bertolak lepas check out pukul 12 tengahari, pukul 10.30 malam baru sampai rumah 😅 Banyak kali Waze divert masuk jalan kampung gara2 jem teruk tapi bila dah sampai Bentong dah tak boleh elak lagi dah, memang kena hadap je la huhu...

    ReplyDelete
  7. 13hb tu,malam, linda nak balik taiping... Lalu LATAR dulu, konon nak ikot tol Rawang(S) tulah.. Sekali dari LATAR tengok beratur panjang nak masuk tol.. Eh, tak jadi lah.. Terus lalu kuala selangor je.. Ikot WCE, lalu lah kampung linda dulu.. Hahaha

    ReplyDelete
  8. Ih betul lah kak, saya kalo baca atau main hp saat dalam mobil, pasti pening dan mual. Heran dengan anak2 skr yg sanggub seperti itu.

    Apalagi kalo sambil makan 🤣. Makanya saya hindari makan selagi dlm mobil.

    ReplyDelete
  9. Sukanya tengok orang JJCM. Tumpang happy.

    ReplyDelete
  10. Hari Sabtu tu mmg merata jam. Mujur tempat “percutian” kami only 10 mins away from our house huhu

    ReplyDelete
  11. SA punya plan pun cancel..Sana sini jammed and kebetulan plak Pak Zain sakit Dari Jumaat sampai Selasa Tu...

    ReplyDelete
  12. i tgh pulun BW ni sbb dh seminggu off berblogging masa gi cuti2 UK tu

    ReplyDelete