Sunday, 19 May 2024

Selamat Pengantin Baru Shad & Pasangan 💖

Bff Ummi bertemu jodoh semula beberapa tahun selepas kegagalan rumah tangga yang pertama. Majlis akad nikah di Perlis pada 2.3 tapi kami tak dapat penuhi jemputannya. Tidaklah ralat sebab Aunty Shad dah janji untuk buat majlis kesyukuran selepas Syawal. 

Makanya semalam makan nasi minyaklah kami...

Ringkas saja jemputan dan aturcara majlisnya. Asalnya nak gerak pukul 11 pg, tapi Walid hadiri ke Mesyuarat PIBG dulu. Itu ini pukul 12 t/hari baru kami bergerak. Dalam masa yang sama, berjanji dgn Cik Ani untuk jumpa di majlis Aunty Shad ni. 


Pertama kali sampai di Masjid Puncak Alam ni. Besar, selesa dan 'hidup' masjid ni. Kami solat Zohor dulu dan kelihatan ramai jemaah tempatan yang hadir selain tetamu majlis AS. Di masjid ni juga ada cafe, barber shop, playground selain dewan serbaguna. 

Majlis AS ni all in one; sambutan Hari Guru, sambutan raya dan Majlis kesyukuran :) Majlis serba sederhana meraikan beliau sebagai seorang guru/pemilik taska dan pengantin baru. 

Di atas pelamin ni adalah kami yang telah saling kenal mengenal dan berkawan sejak zaman U. Ada yang dah lama tak bersua, ada yang sekadar menyapa di alam maya, ada yang sekali sekala bersapa dan ada yang tetap selalu disisi. Walaupun dalam kepelbagaian, ukhuwah tetap mekar alhamdulillah. Dalam ramai² tu, terselit juga pensyarah kami, Dr June. Dah macam reunion pun ye juga majlis AS ni :) Ini pun sebahagiannya dah balik. 

Sebenarnya lebih kepada bersembang dari makan :D Biasalah bila dah bertahun² tak bersua banyak yang nak dibualkan. 

Selamat berbahagia Shad. Semoga beroleh bahagia yang dicari, rumah tangga yang dibina dilimpahi sakinah mawaddah dan rahmah 🤲 

Pergi dan balik kami ke Puncak Alam melalui LATAR, alhamdulillah lancar perjalanannya pergi dan balik. 

Sambil² tu dapat juga menikmati pemandangan Rawang Bypass. 

Sebelum Asar, alhamdulillah sampai ke rumah kenduri lagi satu 😊




9 comments:

  1. Selamat Pengantin Baru buat kawan PH ♥️ Semoga rumahtangga yang baru ni berkekalan hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  2. Semoga rumahtangga yang dibina akan berkekalan hingga akhir hayat.

    ReplyDelete
  3. MZ pun attend wedding semlm hehehhe

    ReplyDelete
  4. selamat pengantin baru utk bff.. semoga kekal hingga ke jannah.. =)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah tahniah utk jodohnya.. moga bahagia hingga jannah.. seronoknya masjid yg 'hidup' mgkin sbb pengurusannya muda-muda ye PH?

    ReplyDelete
  6. Selamat Pengantin Baru kepada mempelai.

    ReplyDelete
  7. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat Auntie Shad serta oasangan & selamat hari guru

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah moga kekal hingga akhir hayat

    ReplyDelete
  9. Aalhamdulillah...semoga kekal bahagia hingga ke jannah

    ReplyDelete