Saturday 14 September 2024

It's School Holiday!


Alhamdulillah sekarang kalau cuti sekolah dah tak jadi singa, jadi mama bear je :p Fasa depa bergaduh, berebut mainan segala dah lepas.  Masing² dah besar, Ummi  tak payah nak bertempik macam Tarzan dah 🤭 Paling best boleh suruh depa tolong buat kerja rumah :D  

Jumaat Ummi jemput hero² balik dari asrama. 
Gambar lama, kelmarin hujan lebat tak sempat ambil gambar. Lencun anak soleh Ummi. Dengan Ummi sekali basah, tolong angkat barang. Kena kosongkan loker sebab asrama akan digunakan utk penempatan peserta program anjuran KPM kot. 

Masa balik ke rumah tu, teruk juga traffic jam-nya, sebab kenderaan dah mula banyak menghala ke Tol Gombak. Merangkak² jugalah sementara nak boleh masuk ke Sri Gombak. Fenomena biasa bila cuti sekolah, cuti perayaan. 


Walid la yang teruk hadap traffic jam Jumaat lepas. Lepas Jumaat gerak dari Benut, lepas Isyak baru sampai rumah. 

Bawa balik ayam goreng dari Benut. Ayamnya masih dijual dgn harga seringgit/seketul. Besar, dan sedap pulak tu 👍 

Selamat bercuti, selamat berhujung minggu 🌹 

10 comments:

  1. Boleh lepaskan nafas lega anak-anak tidak bergaduh main.
    Selamat bercuti. Ada perancangan untuk ke mana-mana ke?

    ReplyDelete
  2. Betul2 heavy traffic..
    Linda konon nak balik taiping ikot hgway, tak jadi.. Lalu kuala selangor... Lalu lah kg sendiri dulu sebelum ke kg suami.. Hihihi

    ReplyDelete
  3. Aaa.. dekat Johor ni masih ada ayam goreng singgit, PH. Selalu walid OS Benut ya, semoga dipermudahkan. Penat jugak tu nak kosongkan locker, bawa balik semua barang tu lagi tak larat.

    ReplyDelete
  4. Kejap je tahu2 dah cuti sekolah ya PH. Ada orang kawasan saya ni balik Kedah 12 jam. Fuhhh penangan cuti panjang.

    ReplyDelete
  5. Anak² dah besar tenang² je ummi 😁

    ReplyDelete
  6. Selamat mengaum sepanjang cuti sekolah

    ReplyDelete
  7. Last Friday terpaksa jemput Khilfi di Melaka…traffic was fine. Org belum start balik kampung or bercuti kot. Tp dengarnya last Saturday teruk traffic

    ReplyDelete
  8. Tak ada plan kemana2 kak? Cuti sekolah ini senangnya bikin jalan tak jammed kalo pagi hari 🤣. Jadi yg pergi ke kantor bisa santai sikiit 🤭

    ReplyDelete
  9. Seronok cuti sekolah...tapi Tu la SA Ni cuti lama x kemana-mana pun

    ReplyDelete
  10. cuti sek memang best..cuma seminggu tu rasa sekejappp sgt hahhaha

    ReplyDelete