Thursday, 13 January 2022

Nasi Ayam SK 😋

Tergoda betul Ummi dengan Nasi Ayam Hujan Tak Panas airtangan Cik Puan SK kita 😊. Sanggup ke kedai dulu beli ayam potong 4 sebelum ambil Adik di sekolah. Ikutkan semalam juga nak masak nasi ayam ni untuk makan malam, tapi  sayur lemak kobis Cina lauk tengahari masih berbaki, jadi hold dulu projek nasi ayam...

Makanya hari ni terhasillah Nasi Ayam resepi SK. Terima kasih banyak SK atas perkongsian resepi ni. Moga mengalirkan pahala berpanjangan buatmu sohabat 🤗

Resepi: Nasi Ayam SK

Bahan-bahan 
Ayam potong 4 - ambil 2 bahagian sahaja
Seketul besar halia dipecahkan
# Ummi tambah sekali kaki ayam untuk dijadikan sup

Masukkan ayam dan halia ke dalam periuk dan masukkan air sehingga ayam tenggelam. Ummi guna Noxxa, HP 20x. Bila beep, angkat dan toskan ayam. SK suruh masukkan ayam dalam bekas berisi air berais untuk hentikan proses memasak, Ummi lupa 😅

Bahan-bahan untuk Perapan Ayam 
2 sudu minyak bijan
4 sudu kicap cair
1 sudu sos tiram
2 sudu madu

Kacau sebati semua bahan dan lumur/curah pada ayam. Ketepikan. Ayam ni Ummi goreng kemudiannya. 

Bahan-bahan untuk Kicap Nasi Ayam

Baki bahan di atas + satu senduk air rebusan ayam. Gaul sebati. 

Bahan-bahan untuk Nasi Ayam
3 pot beras cuci & toskan
4 pot air rebusan ayam - Ummi tambah lagi 1 cawan air
1 kiub pati ayam - Ummi letak 2 ketul
Garam 
Rempah 4 sekawan - kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
2 helai daun pandan - disimpul 

Masukkan semuanya ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa. Bila nasi kering, campurkan sedikit pewarna kuning. Ummi gaul dengan garfu untuk meratakan warnanya. 

Bahan-bahan untuk Sup 
Sup bunjut
Kiub pati ayam
Garam 

Masukkan semuanya ke dalam air rebusan ayam tadi. Perisakan secukupnya. 

Bahan-bahan untuk Sambal Cili 
9 tangkai cili hidup 
5 ulas bawang putih 
4 s/m gula 
Garam
2 senduk air rebusan ayam
2 s/m sudu cuka 

Kisar cili + bawang putih. Masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak hingga mendidih.  

# Ummi kurangkan kuantiti cili, jadi kuantiti bahan lain juga dikurangkan. 

Hidangkan bersama salad, timun dan tomato. Ummi takde salad, timun dan tomato pun onz :D 


Nasi Ayam Hujan Tak Panas is done 😁

Resepi ni memang terbaiklah SK 👍👍👍 
Lain kali teringin nasi ayam, Ummi akan guna resepi SK ni lagi, انشاء الله

Untuk dessert, kek coklat moist dari Cik Aida...

Alhamdulillah, kenyang... 

Wednesday, 12 January 2022

Langit Biru

Cantik betul cuaca hari ni... 

Tengoklah langit pagi tadi ..

ما شاء الله 

Awan berkeping-keping... 

Sampai ke petang cuaca cerah, alhamdulillah. 

At the same spot. 

"Today's a beautiful day, and yesterday was a beautiful day, so that means it's a great life .." " 

Alhamdulillah 💚

Tuesday, 11 January 2022

Resepi ~ Bubur Candil

Lama dah teringin nak cuba buat sendiri Bubur Candil ni. Tapi, bila fikir budak-budak ni makan ke tidak, asyik bertangguh le... Ummi pun belum pernah makan bubur ni. Walid tu lagilah, tak gemar bubur-bubur ni. Kalau pun ada bubur yang disukai hanyalah bubur lambuk :D 

Tapi disebabkan bahan-bahannya sedia ada di dapur; tepung pulut, tepung gandum, garam, gula kita cubalah... 

Resepi: Bubur Candil

Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut
4 s/b tepung gandum
1-1/2 cawan air 
Pewarna - merah, kuning, hijau

Bahan Kuah
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 cawan gula Melaka - letak 1 1/2 ketul gula Melaka bentuk silinder
3 s/b gula pasir @ ikut manis - letak 4 s/b gula perang
Secubit garam

Cara-cara
1. Satukan tepung pulut dan tepung gandum. Masukkan air sikit demi sedikit dan uli hingga doh menjadi lembut @ boleh digentel
2. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letak pewarna. 
3. Ambil sedikit doh, bulatkan agak-agak sebesar guli dan tekan di tengah hingga leper. Buat hingga habis doh.

Berbelang-belang bebola Ummi. Tapi, bila dah direbus dan dicampur ke dalam kuah, sekata je warnanya.

4. Didihkan air di dalam periuk dan masukkan bebola tadi (gambar atas 👆). Tunggu hingga bebola timbul di permukaan air. Keluarkan dan rendam dalam air supaya bebola tidak melekat sesama sendiri

5. Untuk kuah, satukan semua bahan di dalam periuk. Masak di atas api sederhana  hingga mendidih. Kacau sentiasa supaya santan tidak pecah. 
6. Toskan bebola tadi dan masukkan ke dalam kuah. Kacau seketika. Tutup api. Siap! 

Alhamdulillah anak-anak suka sangat esp Angah. Masak je terus nak rasa. Dua mangkuk sekali hadap je 😁 Rasa bebola tu kosong je jadi kuah tu kenalah sesuai manisnya, lemaknya. 

Bolehlah masuk senarai menu buka puasa Ramadhan nanti :D 

Terima kasih Cik Puan Nor Al Fatihah. Moga beroleh pahala berpanjangan hendaknya aamin 🌹



Monday, 10 January 2022

Pokok Putat

Lalu di sebuah tadika tadi nampak bunga putat berjuntaian di luar pagar. Cantik, macam untaian hiasan di archway dewan orang kahwin :D 

Cantik bunganya...

Buah putat.

Buah dan pucuk putat boleh dijadikan ulam. Arwah Tok suka sangat ulam buah putat, dimakan mentah saja. Cicah dengan sambal belacan. Nak lagi sedap, sambal belacan tu digaul bersama ikan bersaiz kecil yang  dibakar. Kalau ada ikan bendang macam anak ikan puyu ke, ikan sepat ke laaaaagi sedap :D 

Pucuk putat... 
Warna kemerah-merahan...

Buah putat Ummi tak makan tapi pucuknya Ummi suka. Rasa kelat-,kelat gitu. Masa Paklong tinggal di Kg Baru dulu, rajin juga Ummi petik 2-3 tangkai pucuknya setiap kali ke sana. 

Dari segi perubatan Ummi tak pasti kegunaannya. Tapi, ada sejenis lagi pokok putat yang kami panggil pokok putat akar, jenis menjalar dan memanjat tumpang  pokok-pokok lain. Di kampung Ummi banyaklah pokok ni, tumbuh di kawasan semak-semak dalam dusun. Yang ini daunnya tak dimakan tapi boleh digunakan untuk merawat luka. Daun ni diletakkan pada luka sebelum dibalut dengan kain diatasnya. Masa arwah Pakcik bersunat dulu, Ummi-lah tukang cari daun ni. Dulukan bersunat dengan Tok Mudim, mana ada  laser ke clamp ke. Luka dirawat sendiri di rumah dengan cara tradisional. Kalau ada ubat pun, sejenis ubat warna kuning yang kami panggil iodin. Asal luka je, letak iodin. Tak pun minyak gamat :D 


Back to School 1/2022

Hari ni 10/1 sibuk, kena bangun lebih awal sebab Kakak dah start sekolah. Tapi, jadi blur pulak nak masak apa untuk Kakak. Last-last goreng telur je. Kakak makan dengan nasi sejuk + kicap. Jadilah untuk alas perut. Nanti pukul 10 ada makanan dari kantin. Hari ni lauk ayam .. dah hafal dah menu dia :) 

Bawa beg sekolah baru, birthday present from Maksu last year. 

Bila sekolah dah buka, ginilah situasinya. Kena bawa rotilah, boleh sapu 'jem' haha... 

Selesai urusan sekolah gegirls tu Ummi ziarah arwah Ami. Sebab Walid kerja, takdelah Ummi ke masjid, setakat di rumah keluarganya sahaja. 

Al-fatihah. 

Sunday, 9 January 2022

Ada suka, ada duka


Cerita hari ni...
9.1.2022

Pagi kami ke MTM Mart Taman Samudera. Sedar tak sedar dah setahun ia beroperasi. Alhamdulillah, masih teguh berdiri. 

Acara-acara menarik sempena ulang tahun pertama... Sale berlangsung hingga 12/1 ni tak silap Ummi. 

  Adik seronok dapat belon...

Layan nasi lemak free :D Kopi tu sample Kopi Adabi. Sambil berkongsi nasi lemak sepinggan tu, jeling sampai naik juling ke vendor dimsum haha ... Takde rezeki, sampai dah angkat kaki dimsum belum ready lagi 😁 


Selain support event, kita support juga dari segi kewangan...cewah! 

 Addicted pulak dengan Kopiah Malaya tu. Tok Ayah pun suka kopi tu tau... 

Dari situ, pergi Yebeng, beli sandal Ummi. Sandal sedia ada dah patah tapaknya 😂 Lama sungguh ia berkhidmat untuk Ummi, dah 3-4 tahun gitulah. 

Standard-lah perempuan kan, dalam kereta ada kasut 2-3 pasang/jenis :D 

Lepas Zohor Aiman Kontraktor datang tukar soket. Semalam Ummi nak masak air, tiba-tiba salah satu suis di DB 'tendang'. Cuak juga masa tu... 


Petangnya pula anak3 berentap rebut Piala Thomas depan rumah :p 

Raket Angah & Kakak Walid beli di Conelli semalam. Raket Abang pun beli di situ juga tahun lepas. Raket Tok Ayah yang depa guna sebelum ni dah berapa kali tukar talinya. Asyik putus je. Masakan tidak, pukul bulu tangkis macam nak pukul orang, punyalah kuat 😬 

Maghrib kami terima back to back khabar duka. Pak Mat Gyver dan Ami, anak arwah Uncle Kassim pergi menghadap Ilahi. Arwah Pak Mat meninggal sakit tua, manakala Ami meninggal akibat kanser. Tak sampai 4 bulan lagi abahnya meninggal, dia pula menyusul. 

Al Fatihah untuk kedua-duanya dan takziah buat seluruh ahli keluarga. 

Saturday, 8 January 2022

Pokok Bawang & 'Membawang' 😅

Inilah pokok bawang Ummi... 

Adalah 3-4 pokok, tapi cukuplah kalau sekali nak hidang tu, gunting sepokok. Tanam suka-suka, darikan bawang tu lembik gitu je. Ada juga hasilnya....

Dah setel kisah pokok bawang, kita membawang pulak :p 

Tak puashati betul Ummi bila KPM announced pasal pembukaan sekolah sesi ketiga bagi tahun persekolahan 2021/2022 ni. Bercelaru! 

Tahap 1 (kecuali T3) hadir tanpa penggiliran, tahap 2 (T4&T5) hadir bergilir pula.

Lepas tu, yang sekolah asrama KPM, hanya murid F4-F6 yang kembali ke asrama. 

Anak3 Ummi terlibat dalam setiap situasi di atas... Kakak akan mula sekolah tanpa penggiliran mulai minggu depan, Angah akan ke sekolah selang seminggu dan Abang akan terus dengan PdPR. Tak faham Ummi dengan strategi KPM ni sebab ada sekolah asrama kategori swasta boleh pula beroperasi secara bersemuka. Jujurnya, PdPR ni dah tak effective, esp in the long run. Dah 2 tahun kita hadap Covid, harapnya adalah perancangan yang lebih tuntas dalam bab pendidikan ni...

 Walaubagaimanapun, Ummi hormati pendapat ibu ayah yang setuju dengan keputusan KPM ni. Ada yang risau dengan banjir, ada yang harap fokus diberikan kepada anak2 T4 &T5 yang akan menghadapi SPM dsbnya.

Jawapan jujur Ummi bila KPM buat survey hari tu. Tapi, ternyata pandangan bernasku tak diterima 🤭

Bebel-bebel pun tetap Ummi siapkan tempat belajar untuk Abang. Kali ni letak meja betul-betul bawah lampu. Biar terang benderang :D 

Terus semangat ye Abang 🤗