Friday, 7 January 2022

Lontong

Cerita hari ni...

Cerita I 

Gara-gara nampak posting Mummy Ayu breakfast lontong، Ummi pun teringin nak makan lontong & kuah lodeh. Masak kuah (tanpa santan), rebus telur, rebus nasi impit segera dalam Noxxa dan siapkan sambal tumis bilis. Pagi tadi baru tambah santan dalam kuah lodeh tu. Sempatlah hidangkan untuk Walid sebelum ke tempat kerja. 

Ummi rebus nasi impit segera tu dalam 15 peket. Ada baki Ummi goreng pula untuk makan malam... 

Tumis bawang merah & bawang putih. Masukkan cili kisar, tumis hingga naik minyak. Masukkan ayam. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap. Masukkan telur yang telah dikocok dan Maggi Cukup Rasa. Biarkan seketika. Kemudian masukkan nasi impit yang telah dipotong kecil. Untuk hiasan, tabur hirisan daun bawang dan telur rebus. Daun bawang tu petik depan rumah. Bolehlah tabur banyak-banyak :D 

Cerita II
Gambar ni Walid share... Suasana solat Jumaat di sebuah masjid di ibu kota. Walaupun solat di luar, tetap bersyukur. Masih juga dapat tunaikan kewajipan,  alhamdulillah. 

Bila tengok gambar ni terus teringat momen kami di Arafah dulu. Nak cari tempat privacy untuk berdoa berdua dengan Walid akhirnya kami solat di tepi pokok, belakang khemah... 

Solat Subuh di Masjidil Haram pagi tadi. Hari Jumaat ni rindu pada tanah suci tu lebih w/pun hari-hari Ummi tonton Makkah Live. Rasa membuak-buak...  Sementelah Sahabat TH kami, Hjh Amy baru pulang dari sana. Ummi pun mengharap juga dapat jemputan ke sana lagi aamin...

Selamat berhujung minggu 🌹

Thursday, 6 January 2022

Technical Issue katanya...


Dah lebih 24 jam ni Internet connection  tak ok di kawasan kami ni. Katanya ada technical issues. Masalah besar gamaknya tak setel dari semalam :( Mujurlah di rumah ada Unifi, jadi takde apa yang terganggu kecuali mental je haha... Geram sebab kita bayar untuk mobile data tapi takleh guna 😬 Time minta payment, amboi kemain awal hantar reminder.... 3 minggu sebelum deadline depa dah SMS. 

Credit source.

Tak marah pun, geram je :p 

Masuk dapur siang tadi konon nak buat masak lemak peria, macam yang Mama Cella cadangkan semalam. 

Tengok-tengok dah kuning peria Ummi... Ini peria beli, jenis besar tu... Takde rezeki redha je la. Biji dia Ummi dah semai. Ada rezeki dapatlah makan peria tanam sendiri :D 

Dan sejak pagi tadi juga, Teto dah menghilangkan diri. Dua hari je dipinjamkan kepada kami. Dah kembali kepada tuannya kot. 

Itulah hidup kitakan, ada pasang surut. Kadang smooth, kadang ada hiccups. Di sebaliknya tetap ada rezeki lain ...

Dapat buku 8 Surah Amalan ni dari surau. Alhamdulillah. 


Wednesday, 5 January 2022

Resepi ~ Paru Masak Hitam

Pagi tadi sambil dok gosok baju, tengok program Dapur Panas kelolaan Chef Naim di TV3. Tetamu jemputan kumpulan Dolla. 

Antara menu yang dimasak ialah Paru Masak Hitam, Ikan Bakar Sumbat dan Teh Ais Cincau. 

Memandangkan Ummi memang tengah rebus paru, teruslah Ummi cuba resepi yang Chef Naim demo tadi. 

Resepi: Paru Masak Hitam
Sumber: Chef Naim

Bahan-bahan
Paru - rebus dan hiris nipis
Bawang merah - hiris
Bawang putih - ketuk dan cincang
Halia - hiris nipis
Serai - ketuk
Cili hijau - hiris halus
Cili kisar
Sos tiram
Kicap cair
Kicap manis
Carrot - hiris memanjang (mancis)

Cara-cara
1. Panaskan minyak secukupnya dan goreng paru hingga garing (kehitaman). Angkat dan ketepikan
2. Dalam minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.
3. Masukkan cili hijau
4. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak
5. Masukkan sos tiram, kicap cair dan kicap manis. Gaul sebati
6. Masukkan paru yang telah digoreng tadi dan carrot. Gaul sebati
7. Bila carrot lembut, matikan api. Siap! 

Garam dan gula Ummi tak letak sebab sos tiram dan kicap dah cukup masin dan manisnya. 

Nescafe Kopi Kedah ni pula terjumpa semula di Speedmart. Lama tak jumpa ni... Masa beli first time dulu,  mula tu rasa tak berapa sedap tapi makan lama makin sedap pulak 😁 Itu yang lama juga dok cari. 

Nak kumpul bekas ni sama, sebenarnya ☺️

Pokok peria katak Ummi rancak berbunga di musim hujan ni... 


Buahnya nanti boleh dibuat goreng tepung lagi. انشاء الله 


Tuesday, 4 January 2022

Meet Toretto

4.1.2022

Ummi tengah siram pokok ... Tiba-tiba Adim datang. "Adim jumpa anak kucing atas tiang letrik. Acik ambik la..." 

Nampak manja, bersih dan comel anak kucing ni... Mungkin bertuan. Tapi, takpelah ambil bagi makan semua dulu. Kalau nanti ada orang cari, pulangkan je balik. No sweat.

Malam tadi tengok Fast & Furious jadi bagi nama dia Toretto. Senang nak ingat haha ... 

Sebijik macam Baim 😍 Tapi Baim mata biru dan warna bulu lebih gelap. 

Rindu Baim 
Dia hilang dulu umurnya baya-baya Teto ni la :( 

Petang tadi hujan, masing-masing merengkok tidur 😂


Moq-Tot

Tya

Tak tahulah berapa lama Teto ni nak stay dengan kami. Lagi lama lagi bagus... Dah jadi rebutan Kakak dan Abang sebab kucing depa dua-dua dah hilang :( Cuma, Moq-Tot nampak jeles haha... Asyik nak terkam Teto je :D 




Monday, 3 January 2022

Baru Nampak Matahari


Hari ke-3 di tahun 2022 baru nampak matahari 🌞 Itupun sekejap je muncul, banyaknya diselubungi awan hitam.

Apapun tetap bersyukur dengan aturan-Nya. Tempat lain hujan tak berhenti dan banjir. Semoga mereka yang telah dan sedang berhadapan dengan ujian banjir, diberi kemudahan dan kekuatan besar untuk meneruskan hidup. 

Hari ni 3.1 juga Adik kembali ke sekolah, untuk penggal ketiga persekolahan tahun 2021. Tapi sebab belum naik kelas, gambar pun takdelah... Tak rasa excited macam tahun-tahun sebelum yang mana awal tahun ialah masa anak-anak naik darjah. 

Takde gambar Adik, gambar cendawan Adik pun ok kan? 

Dari tepi tingkap terus ke periuk ... Gittewwww... 

Menu kedua, Peria Katak goreng garing.

 Bancuh Tepung Bestari dengan sedikit air then celup peria tu. Goreng hingga garing. Sedap! Ratah pun sedap ni. Peria tu rendam dulu dalam air. Kemudian masukkan garam. Biar seketika. Tujuannya nak kurangkan rasa pahit peria. 

Ini pula Cekodok Pisang...

Cekodok pisang ni lawan dengan kopi O fuhh 'terangkat'. Hujan-hujan pulak tu :p 

Akhir kalam, Ummi share sini info puasa sunat dari status WA kawan Ummi, untuk manfaat semua.


Tahun ni Ummi takde azam nak diet untuk kurus. Mana nak kurusnya, setakat azam je. Tindakannya asyik ke laut dalam je haha... Baiklah puasa, dah tentu-tentu tak boleh makan sampai azan Maghrib. Dari segi kesihatan pun besar manfaat puasa ni. Selain manfaat, pahala pun dapat انشاء الله. 

Tahniah kepada yang berpuasa hari ni. Moga istiqomah aamin 🌹





Sunday, 2 January 2022

Ayaq Gantung Seri Iskandar

Dulu sebulan sekali kami ke Ramly Halal Mart, sejak kebelakangan ni boleh dikatakan setiap minggu pula ke sana. Seronok cari barang frozen di sini. 

Balik dari sana, nampaklah kiosk Ayaq Gantung Seri Iskandar di jalan utama Taman Koperasi Polis. Singgahlah beli... 

Bila up status WA, terus Makcik ingat kami ada di Seri Iskandar :D Nak marah kami tak singgah rumah dia la tu haha... 

Kata adik penjual tu, air ni memang originated dari sana. Ada satu kafe yang terkenal dengan ayaq gantung ni. Depa expand business mai jual di KL pula. Yang kami beli tu air teh ais dan air jagung. Kopi dah habis. Macam-macam juga jenis airnya. Sedap memang sedap, tapi manis leting! Sekali sekala minum bolehlah... Apatah lagi bila dah 40-an ni kenalah lebih peka dengan apa yang dimakan/diminum. 

Belakang tu IIC... Area situlah adik ni jual ayaq gantung ni.

Sebelum tu singgah di Pustaka Rakyat dulu, beli buku latihan Angah dan Kakak.

Buat member card baru. Tengoklah tarikh Ummi isi tu. Salah tahun boleh dimaafkan sebab baru hari ke-2 tapi salah bulan tu 'tak dapek den nak nolong' hihi... 

Sabun gelenggang ni sampai petang tadi. Beli untuk Abang. Diakan ada eczema. Cuba ikhtiar yang ini pula. Harapkan nak pantang seafood, telur semua tu memang taklah... Pantang jumpa, ngap aje 😅



Saturday, 1 January 2022

Wedding Anak Tn Hj Amir

1.1.2022 

Langkah kanan kami di tahun baru... Hari pertama tahun 2022 kami menghadiri majlis perkahwinan anak Tn Hj Amir di Cheras. 

Sebab dah lama tak makan nasi kenduri,  kali ni ambillah sepinggan. Selalu Ummi prefer nasi putih hatta di majlis kenduri pun. 

Kali terakhir Ummi attend kenduri 1.1.2021, kenduri kesyukuran di rumah Paklong. Sepanjang tahun lepas tak attend mana-mana kenduri. Walid adalah sekali sekala menerima jemputan dari jemaah surau. Itupun dalam skala kecil dan selepas PKP dilonggarkan. 

Pelamin yang cantik. Dewan ni pun cantik, decor cantik dan suasana sangat selesa. Dari segi makanan, memang meriah! Kiosk takoyaki pun ada tau! 

Didoakan agar berbahagia dan kekal berjodohan untuk kedua mempelai hingga ke syurga  Tahniah sekali lagi untuk Tn Hj Amir sekeluarga. Terima kasih daun keladi atas jemputannya :) 

Sebelum ke sana, kami anak beranak bergotong royong bersihkan koleksi tipuware Ummi. 

Dah macam rewang kenduri 😂

Seminggu kami balik kampung, rupanya Cikti bermaharajalela di dapur 😬 Mula tu Ummi terserempak dengan seekor, besar macam anak kucing. Yang ni takpa, dia nampak kita dia lari. Ada lagi seekor, kecik. Tapi yang geram (geli sebenarnya) suka menampakkan diri bila kita memasak ke, membasuh ke di sinki... Selamba je lalu tepi tingkap atau tepi dapur gas tu. 

Bila nampak je tikus dalam rumah, cepat-cepat Ummi letak ubat tikus. Ummi umpan sisa makanan dalam bekas sampah then taburkan ubat tikus tu atasnya. Tak tunggu lama, tikus besar tu dah tak nampak. Tau-tau je bau busuk satu rumah. Cari punya cari, rupanya dia mati dalam kabinet Ummi simpan bekas plastik. 

Ingatkan dah setel ... Tapi bau busuk masih ada. Selepas belek segala sudut, ceruk di dapur tak jumpa apa dah. Maghrib tadi terlintas nak angkat pelapik tong sampah. Amik ko, dah berulat bangkai tikus kecik tu! Entah macamana tak perasan tempat ni, tak tahulah. 

Alhamdulillah, setel juga masalah tikus dan bau busuk yang menghantui kami sejak beberapa hari lalu. 

Hokkaido cake ~ rezeki untuk anak4 hari ni. Ada member baker buat fast sale. Ummi grabbed untuk anak4 sebekas.