Saturday, 16 November 2019

Cerita Nasi Goreng Kampung & Buah Mulberry


Semalam Ummi ke kebun belakang rumah,  nak petik kangkung untuk dimasukkan ke dalam Nasi Goreng Kampung Ala Tokti (Dato' Sri Siti Nurhaliza). Resepi mudah tapi sedap ni katanya Tokti belajar dari Yatie Kitchen. Viral juga resepi ni bila Tokti kongsikan sekitar bulan puasa lepas kalau tak salah. Cubalah godek-godek IG tu, katanya Yatit Kitchen ni selalu share resepi-resepi mudah tapi sedap.

Hasil tuaian :) 

Senang je. Tumbuk bawang putih, ikan bilis dan cili api. Kemudian, tumiskan. Bila dah garing masukkan telur yang sudah dikocok.  Kacau-kacau sekejap, kemudian masukkan kangkung. Bila kangkung dah layu, bolehlah masukkan nasi. Kacau sebati kemudian perisakan dengan garam atau perisa pilihan. Ummi suka letak Secukup Rasa. Kalau takde ikan bilis, boleh guna kiub ikan bilis je. Masukkan bila bawang & cili dan garing, bukan di tumbuk bersama. Simple je kan? Tak payah guna bawang merah pun. Selamat mencuba!

Sebenarnya nak cerita pasal buah mulberry, 'terbabas pula :D Buah mulberry Ummi dah masak! Sebiji je pun, kecoh se-Malaya haha... Tapi excited sebab ini first time Ummi makan buah mulberry. 
Walaupun asal dari kampung, seumur hidup tak pernah merasa. Tengok pokoknya pun tak pernah sebab di kampung Ummi takde pokok ni. Bila dah duduk di bandar ni barulah kenal pokok mulberry. Kesian kat Ummi kan haha...

Dah ranum masak ya. 

Sedap juga buahnya, masam-masam manis rasanya. Harapnya berbuah lebatlah pokok mulberry Ummi ni, teringin pula nak rasa jus mulberry :)

Thursday, 14 November 2019

Majlis Konvo Kakak 💐💐💐


Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI Kawasan Gombak 2019


Alhamdulillah untuk majlis 'konvokesyen' kali ini Kakak dapat naik pentas 3 kali 😊 Rezeki dia, anak solehah yang sangat patuh dengan Ummi dan cikgu-cikgunya. Mintalah tolong apa saja, ringan je tangannya membantu. Sayang Kakak...


Beratur untuk naik ke pentas bagi tempat 1,2,3 dalam peperiksaan.



Ini pula waktu terima hadiah "Pra Tahfiz Terbaik 6 Tahun. Setiap pelajar yang berjaya menghafaz surah mengikut silibus yang ditetapkan akan diberi anugerah ni. Untuk 6 tahun ni, kena hafaz hingga surah Al Fajr. Ummi plan cuti sekolah ni nak ajak Kakak hafal hingga habis Juz 'Amma. Moga dipermudahkan...


Kali ketiga Kakak naik ke pentas untuk terima sijil dan beg simbolik graduate from Pasti. Cantik juga beg Kakak dapat, warna biru jeans. Ada yang dapat warna maroon, pun cantik. Masa Abang Angah dulu hitam je semua.


Credit : FB Pasti Gombak 

Credit: FB Pasti Gombak

Cantik tak?

With her bff, Zahra ❤️

Tahniah semua! 

Alhamdulillah sepanjang 2 tahun Kakak di Pasti, banyak kejayaan yang dicapai. Alhamdulillah dari tak tahu membaca, menulis, mengira Kakak dah pandai sekarang. Dah hafal 20 hadis dalam silibus Pasti, hafal surah, doa... Semuanya berkat didikan guru-gurunya yang sangat berdedikasi. Jazakallahu khairal jazak Cg Sue, Cg Pia, Cg Wanie, Cg Niza, Cg Mira, Cg Atul yang pernah mendidik Kakak secara langsung ataupun tidak. 

Tahniah Kakak 🌹🌹🌹

Tuesday, 12 November 2019

Sedangkan pantai berubah, inikan pula Tanjung Piai


Sekarang ni pastinya Tanjung Piai menjadi tumpuan terutamanya bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik tanahair. Hujung minggu ni akan berlangsung Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Tanjung Piai. PRK ini diadakan susulan kematian wakil rakyatnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, daripada Pakatan Harapan (PH) pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung (Sumber: Berita Harian).


Ditakdirkan kami sekeluarga sekali lagi dapat menjejakkan kaki ke daerah paling selatan di benua Asia ini pada penghujung Oktober lepas. Kami pulang ke ibu kota 2 hari sebelum hari penamaan calon. Suasana masih belum panas kata orang. Tapi gerak kerja dah nampak sikit-sikit. Cuma banners/buntings/bendera dsbnya belum naik. Kena tunggu selepas hari penamaan calon baru sebarang bentuk kempen dibenarkan.

Ok, cukup pasal PRK. Kita cerita pasal kunjungan kami ke Tanjung Piai tempohari. Trip kami ni sebenarnya disebabkan Walid ada kerja di Pontian. Alang-alang sekolah cuti sempena Deepavali hingga hari Selasa, kami ikutlah Walid. Dari Melaka kami terus ke Pontian. Destinasi pertama pastinya Taman Negara Tanjung Piai. 

Memandangkan kami PERNAH KE SINI pada tahun 2012, jadi haruslah kembali ke sini untuk sekali lagi meninggalkan jejak :) Sementelah, Kakak dan Adik belum pernah ke sini. Angah pun dah lupa dia pernah sampai ke penghujung paling selatan di benua Asia ni Abang pun 2x5 juga :D 

Kita beli ticket dulu... 

Ada beberapa perubahan yang kami lihat. Tempat ni semakin meriah dengan pengunjung. Ada juga wording berwarna-warna yang cantik untuk bergambar. Penghuni tetap di sini, sang monyet pun makin lincah berkejaran menyambut tetamu. Berani depa tunggu kat pintu masuk. Kita pula yang takut hihi...

Send location sat... 

Hampir tak perasan Kakak berdiri kat situ 😆

Semakin ke dalam, semakin banyak perubahan yang kami nampak. Sebahagian besar titian kayu yang lama sudah ditukar dengan kayu baru. Manakala laluan keluar masuk hanya sehala, jadi kita akan berpapasan dengan pengunjung yang akan keluar/masuk ke titik paling selatan yang ada globe tu. Dulu kami masuk dan keluar ikut laluan berbeza. Yang paling tak seronok, sampah sarap makin banyak! Tersangkut di akar pokok bakau. Menurut info, sampah sarap ini kebanyakannya sisa buangan dari kapal-kapal yang berlabuh berhampiran Tanjung Piai. Setahu Ummi, Perairan Johor dan Selat Melaka ni antara laluan kapal paling sibuk di dunia.

Jeti 3 Negara sedang dibaik pulih. Takde rezeki nak tengok negara-negara jiran; Singapura dan Indonesia



Kapal-kapal sedang berlabuh... 

Titi baru

Titi lama. 

 Maintain lagi signage ni :)


Siapa nampak ketam? 

Ku lihat hijau... 

Yang paling ketara bagi kami ialah dataran yang menempatkan globe mercu tanda Tanjung Piai semakin kecil. Tiada lagi dataran lebar yang menjadi tempat pengunjung bersantai dan 'bersidai' :D Di atas globe tu pun tiada lagi perkataan "Tapak Warisan Ramsar". Globe pun dah lain. Ummi baru perasan bila tengok semula gambar yang diambil. Masa di sana, tak perasan!

2019 

2012 

Bahagian ni dah tak ada. 

Risau Ummi takut ada yang tersepak huruf-huruf tu :(


Ini pula Tanjung Piai Resort, TEMPAT PENGINAPAN KAMI dulu. Nampak sedikit berbeza. Dahulu ada semak samun dan hutan kecil di tepi jalan dan tali air. Sekarang tiada lagi pokok-pokok tersebut dan kerja pelebaran jalan juga sedang dijalankan. Kawasan ni nampak lebih terbuka berbanding dahulu yang agak tersorok. Malah, ada sebuah kedai kecil menjual barangan runcit dan T-shirt bertulis Tanjung Piai berhampiran jalan utama. Beza sungguh waktu kami menginap di sini dahulu, sunyi dan rasa terasing dari kesibukan khalayak.

Seronok bila dapat menjejak semula tempat yang pernah dilawati. Dapat tengok perbezaan dulu dan kini. Dan ternyata, Tanjung Piai juga sudah banyak berubah. Sama juga seperti Ummi. Dulu kami datang berempat, sekarang berenam :)

Sunday, 10 November 2019

SUKPA 2019 : Inilah barisan kita...



Tahun ni Pasti Kakak memilih seragam Tentera Darat untuk perbarisan sempena Sukan PASTI (SUKPA) 2019. Tema perbarisan tahun ni ialah "Kerjaya". Terima kasih Papa Zaquan yang menguruskan tempahan dan pembelian baju secara online. Asalnya SUKPA dijadualkan pada bulan September lepas tapi terpaksa ditangguhkan akibat jerebu.

Suasana di padang sangat meriah dengan kehadiran anak-anak Pasti yang memakai pelbagai jenis pakaian/uniform yang melambangkan kerjaya masing-masing. Ada doktor, pilot, chef, nelayan, petani, pramugari, ahli korporat dsbnya. Nampaknya cikgu masing-masing memang 'all out' untuk memastikan Pasti masing-masing mengikut tema dan menang anugerah Kontinjen Terbaik. Sekali pandang, rasa macam tiada harapan untuk Pasti Kakak menang sebab seragam askar nampak 'common'. Biasa kita nampak anak-anak kecil pakai baju/seluar askar kan? 



Credit source 

Inilah barisan kita... 
Pandai depa beraksi, nampak segak dan bergaya semuanya. 

Credit source 

Credit source 

Bersemangat 💪💪💪

Tapi, Pasti Kakak ada props yang menarik. Replika kereta kebal dan meriam yang diperbuat dari kotak dan kertas. Kreatif betul cikgu-cikgu sekarang 👍👍👍
Selain tu, ada juga gimik aksi tembak menembak di hadapan juri. Gimik ni juga nampaknya menambah mata pada kontinjen Kakak.

Credit: Papa Amir



Anngota skuad penembak; Zaquan, Kakak & Rayyan 

Kakak masuk 4 acara tahun ni.
Hasilnya dapat 1 pingat emas, 2 pingat perak dan 1 pingat saguhati (tempat ke-4). Semua murid dapat pingat tapi tempat pertama hingga ketiga, sahaja yang beroleh markah. Pasti yang mengumpul jumlah mata tertinggi akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan.








Walaupun tidak berjaya meraih juara keseluruhan Pasti Kakak tetap menang.
Yes, Kontinjen Terbaik bagi acara perbarisan. Sejak dari Abang mula masuk Pasti hingga sekarang, seingat Ummi ini kali pertama Pasti Kakak menang acara perbarisan. Alhamdulillah semuanya berkat hasil kerjasama semua pihak; anak-anak, guru-guru dan ibubapa. Syabas!


Tahniah 👏👏👏