Saturday, 9 November 2019

Happy birthday Kakak, Happy Birthday Abang ❤️



Hari ni bawa anak-anak makan KFC sempena birthday Abang semalam dan juga birthday Kakak minggu lepas. Birthday Kakak dah bawa dia tidur hotel (Casa Bonita) tapi belum potong kek. Alang-alang selang seminggu je birthday depa Ummi beli satu kek je. Jimat duit 😅



Ikutkan dua-dua taknak kek pun. Si Abang dah besar, nak hadiah je. Kakak pun sama, dia tak expect pun Ummi nak beli kek sebab dia dah happy dengan birthday trip ke Melaka  tempohari. Tapi untuk kenangan, masuk dalam blog kita beli juga kek hihi... Nampak sangat Ummi yang over excited :D 



Abang nak wallet, Walid belikan. Harapnya dia jaga elok-elok pemberian Walid tu.
Ini pula dari Ummi. Dia nak juga Ferrero Roche yang Ummi gubah untuk hadiah konvo Kakak. Ambillah sebiji Abang ooi...



Ini untuk Kakak. Dia suka buat birthday card untuk kami semua. Jadi for her birthday we gave her a musical birthday card. Suka dia :)

Doa Ummi agar Abang Kakak dan semua anak-anak Ummi menjadi insan berguna untuk agama, bangsa dan negara. Jadi penyejuk mata Ummi Walid sentiasa aamiin ❤️❤️❤️

Thursday, 7 November 2019

Hadiah Istimewa


Balik dari sekolah semalam, Kakak hulurkan Ummi senaskhah Al Quran. "Ibu Fatimah bagi" katanya. Ya Allah terharu, tersentuh, seronok semua rasa ada. Rasa seronok sangat dapat hadiah Al Quran. Walaupun bukan untuk Ummi, tapi sebagai ibu rasa beruntungnya Kakak ada orang hadiahkan Al Quran.


Orang berbudi kita berbahasa... Jadi, Ummi pun terus text ibu Fatimah, kawan sekelas Kakak untuk ucapkan terima kasih.
Rupanya Ummi salah orang 🤦‍♀️ Yang hadiahkan Al Quran tu bukan Mama Fatimah tapi orang lain. Abang Fatimah yang sebaya dengan Angah pun pernah dapat juga. Kata Mama Fatimah insan mulia tu hadiahkan Al Quran setiap akhir tahun bagi pelajar 6 tahun yang dapat nombor 1 & 2. Begitu ceritanya... Angah dulu tak dapat pong 😅 


Terus Ummi text pula Cikgu untuk kepastian. Rupanya Ibu Fatimah ni jiran setaman kami juga. Ikut kata Cikgu, itulah amalan dia setiap tahun. Allahu, mulianya hati dia. Teringin Ummi nak berkenalan dengan insan Istimewa ni. Sebab Ummi pun terinspirasi dengan cara dia. Selagi ada orang yang membaca Al Quran yang dihadiahkannya tu, selagi itulah pahala mengalir untuknya. Insha Allah Kakak akan khatam Al Quran ni.

Ummi doakan Ibu Fatimah diberi kesihatan yang baik dan beroleh keberkatan yang berpanjangan aamiin.




Tuesday, 5 November 2019

Seorang Polis, Seorang Askar


Jumaat minggu lepas ada sambutan Hari Kanak-Kanak di SRAI. Tema bagi tahun ni "My Dream". Atau dalam lain kata, Cita-Cita Saya. Tapi, bagi Ummi luas lagi maksudnya. Seperti dream nak panjat Gunung Kinabalu, nak berbasikal menjelajah Semenanjung dsbnya. Impian tu banyak tapi usaha tak ada, dok berangan aje lah Ummi ni :D Rupanya ada juga yang sama fikiran dengan Ummi. Ada seorang murid ni impian dia nak berenang di lautan bersama ikan jerung. Dibawanya pelampung berupa ikan jerung. Hah, itu barulah win!

Tapi itulah, masa singkat. Kami pun travel few days before the event jadi persiapan ala kadar je. Angah pakai seragam askar. Kebetulan Kakak dah beli untuk perbarisan hari sukan dia. Angah rasmi dulu hihi...


Abang pula sekarang ni kalau tanya cita-cita dia, nak jadi anggota Paskal. Terinspirasi dari filem Paskal yang meletup tu. Hari tu Astro ada bagi free preview untuk certain channels for a limited time, sempena Hari Malaysia kot. Asal ada movie Paskal je, depa ulang tengok.

Tapi masalahnya mana nak cari baju Paskal tu. Online adalah kot tapi nak suruh pos ke rumah kami pula travel. Sudahnya, Abang jadi polis je. Itupun beli baju kadet polis je untuk dia. Mujurlah dia pun tak banyak songeh. Pakai jaket luar, selit pistol di pinggang. Abang jadi detektif katanya. Bolehlah Abang...

Ada gaya detektif kan? 

Tahun lepas Ummi turut sama ke sekolah jadi dapatlah rasai kemeriahan suasana sambutan acara ni. Temanya "Superheroes". Dapatlah Ummi bertemu muka dengan adiwira seluruh dunia hihi... Tahun ni tak berkesempatan nak jumpa bakal CEO, angkasawan, doktor, chef, jurutera, saints, Hakim, bomba, cikgu dsbnya. Dapat tengok gambar je. 

Kawan-kawan Abang


Ummi doakan tercapailah cita-cita anak-anak SRAI ni. Ummi dulu nak jadi doktor 🤭

Monday, 4 November 2019

Deli Muara, Alai Melaka



Seperti biasa, kalau ke Melaka tujuan utama kami pastinya hendak menikmati ikan bakar. Kebiasaannya kami hanya melawat satu dua tempat menarik sahaja.
Kali ini kami memilih Deli Muara, Alai untuk menikmati ikan bakar. Pilihan kami sederhana sahaja; siakap bakar bersambal, sotong goreng tepung dan udang butter nestum. Yang lainnya nasi lemak bungkus, otak-otak, jeli kelapa dan buah-buahan potong.




Sambal kicap power. Boleh keluaq ayaq mata.
Pedas kaw-kaw. 



Nasi lemak kosong je; nasi + sambal. 

Dan harganya...


Buah potong, otak-otak dan jeli kelapa tu bayar asing, sebab ownernya berbeza. 

Ini kali kedua kami ke Alai untuk menikmati ikan bakar. Ketika kunjungan kali pertama dulu restoran ini ditutup untuk proses 'renovation'. Kali ini ada rezeki kami bersantap di Restoran Deli Muara. Servis pantas, kedai luas dan selesa walaupun ramai orang, makanan pun sedap alhamdulillah. Deli Muara ni terletak bersebelahan medan ikan bakar awam tapi ada laluan masuk yang berbeza serta tempat parkir berasingan jadi mudah untuk parkir kereta. Di belakangnya ada sebuah restoran yang agak besar. Kami hanya main terjah sahaja kali ni. Nampak tak ramai orang waktu kami sampai dan parking pun banyak jadi kami terus decide untuk makan di sini. Walaubagaimanapun, pilihan ikan dan seafood lain agak terhad. Namun, tidak menjadi masalah kepada kami kerana kami hanya mahu menikmati ikan bakar, sotong dan udang. Itu sahaja. 


Pengunjung sedang memilih lauk. 

Hari tu makan rasa dah puas. Tapi lepas seminggu ni dah terasa nak repeat. Harapnya adalah rezeki ke Melaka lagi. Kali ni Walid kata nak try ikan bakar di Sg Duyong pula. Jom! 

Saturday, 2 November 2019

Hotel Casa Bonita, Melaka



Sewaktu MAMAPIPIE share pasal hotel ni di blognya, Ummi dah bookmarked hotel ni. Dari review yang diberi nampak OK hotel ni, berbaloi dengan harganya.


Jadi, bila Walid kata nak ke Melaka, terus Ummi cadangkan hotel ni. Alhamdulillah ada room available though it was a peak season (Deepavali). Bilik yang kami tempah ialah Deluxe Triple yang berharga RM168 semalam. Total Kos RM170 termasuk RM2 untuk 'Heritage Charge".

Luas dan selesa biliknya. Ummi suka tengok deko perabot dalam bilik ni yang semuanya custom made. Elemen kayu diberi sentuhan modern berserta sedikit sentuhan tradisional (almari besi style dulu-dulu) memancing minat Ummi. Yang paling Ummi suka ialah hard wood floor, sejuk je bila dipijak.



 Almari style dolu-dolu 😁

Aircond controller dekat dinding. Malas nak bangun adjust, pakat berebut selimut malam tu :D 


Hotel ni ada kolam renang. Tapi ianya terletak bersebelahan dengan bangunan hotel. Kita kena menapak sikit melalui parking lot atau tangga tepi untuk ke kolam renang. Hanya ada satu kolam, bermula dengan kedalaman 0.9m, which is considered dalam for kids. Macam Kakak, paras air kolam hingga ke leher dia. Kalau Adik memang tenggelam. Tapi yang seronoknya pool ni tak ramai orang. Kalau ada pun keluarga kecil macam kami dan masing-masing ada space  sendiri. Sebab tu Ummi pun terjun kolam 😅 Selain faktor keselamatan, nak jaga Kakak dan Adik Ummi rasa tempat ni quite privacy. Sebab kolam kecik kot. Orang pun tak ramai jadi sambil kita jaga anak, sambil kita menyelam. Ini baru  namanya sambil menyelam minum air hihi... But keep in mind, no life guards on duty ye.



Harga bilik termasuk sekali dengan sarapan untuk 2 orang sahaja (2 kupon) tapi Abang dibenarkan makan percuma. Alhamdulillah rezeki. Angah dengan Kakak (serta Adik), confirm lah free kalau Abang pun tak kena bayar :) Ummi bab makan ni particular, memang declare umur anak-anak sebab takut staff hotel terlepas pandang. Makanan tu kan akan jadi darah daging risau nanti tak berkat pula.

Makanan sedap dan pelbagai. Ummi paling suka staff cafe ni. Walaupun sado-sado belaka tapi very friendly and helpful :D




Bagi Ummi secara keseluruhan hotel ni OK. Cuma ada few recommendations yang Ummi tulis dalam feedback form tu termasuk minta pihak hotel lebih lenient in allowing guests to have an early check in. Tak perlu tunggu tepat pukul 2  untuk check in if the rooms are ready. Nak kata room belum ready, quite impossible sebab all guests were asked to wait until 2pm. Kalau 1-2 guests mungkin sebab rooms belum ready kan? Nonetheless, the check-in process was quite fast.

Pakat beratoq nak ambik kunci bilik. 


Selak di salah satu tingkap bilik kami tak ada, dah patah agaknya. Ummi tengah solat time tu, terdengar macam bunyi tingkap dibuka. Adik pula sedang berdiri atas sofa di tepi tingkap tu. Kalaulah dia menjenguk ke bawah sambil pegang tingkap tu, Allahu tak dapat Ummi bayangkan :( Terus Ummi alihkan sofa jauh dari tingkap dan larang anak-anak jangan berdiri tepi tingkap. Bilik kami di tingkat 4 pulak tu. So scary! Ummi dah report pada hotel thru the feedback form. Harap tindakan sewajarnya di ambil untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Door lock pun nak kena pasang semula ni... Tapi still safe sebab boleh kunci dekat tombol tu. No worries but for extra safety measures, it should be reinstalled. 


Walaubagaimanapun bagi Ummi secara keseluruhannya in term of saiz bilik, keselesaan dan fasiliti semuanya memuaskan. Dari segi lokasi, agak jauh dari pusat bandaraya atau dari kawasan tarikan pelancong tapi tetap ada kelebihannya. Anda tak akan kelaparan sebab ada Restoran Kari Kepala Ikan depan hotel je. Sebelah petang pula, ada gerai cendol dibuka pun di depan hotel. Nak sarapan pun tak ada masalah, ada gerai nasi lemak sebelah hotel. Begitu juga untuk makan tengahari. Kalau nak ke surau pun, sebelah hotel je. Kalau malas, cafe hotel pun menyediakan menu yang lazat juga, dengan harga mampu milik.


Have a nice stay.

Thursday, 31 October 2019

Menyusuri Sg Melaka dengan Melaka River Cruise


Sempena cuti Deepavali ni kami makan angin di Melaka. Kali terakhir Ummi ke Melaka ialah 3 tahun lepas. Masa tu tengah pregnant kan Adik. Trip ke Melaka ni kiranya birthday treat untuk Kakak yang genap 6 tahun beberapa hari lepas. Dah besar anak Ummi sorang ni.


Sampai di Melaka sekitar jam 11. 00 pagi. Memandangkan masih awal, kami mengambil kesempatan untuk naik Melaka River Cruise (MRC) dulu. Berpusing-pusing juga mencari jeti berhampiran The Shore tu. Rupanya jeti rosak. Jadi, kami ke Taman Herba untuk naik MRC. Sebenarnya ada beberapa jeti yang boleh digunakan untuk naik MRC termasuk beberapa jeti persendirian di belakang hotel-hotel tertentu. Jeti utama letaknya berhampiran Menara Taming Sari, di sekitar kawasan tumpuan pelancing. Maaf, Ummi lupa nama kawasan ni. Kami pernah naik dari jeti ni sewaktu kali pertama naik MRC dulu. That time baru ada Abang & Angah, maybe dalam tahun 2012 agaknya. 

Harga tiket untuk dewasa RM25/seorang
Kanak-kanak 2 tahun ke atas RM15 seorang. Total burn RM110 untuk kami sekeluarga. 


Di Jeti Taman Herba pula, bilangan pelawat boleh dikira dengan jari. Tiada kesesakan di sini tapi terpaksa menunggu sedikit untuk cukupkan bilangan penumpang bot. Kapasiti bot ialah 40 orang manakala masa lawatan sekitar 40 minit pergi dan balik. Tempohari hanya 21 penumpang dalam bot kami. Sewaktu menyusuri sungai, para penumpang akan diberikan taklimat tentang Sungai Melaka dan kawasan-kawasan menarik yang dilalui. Sekarang taklimat yang diberi telah dirakamkan, hanya pasang tape saja. Rakaman dalam dwibahasa; BM dan BI. Dulu, pemandu bot sendiri yang akan bagi taklimat. Kita juga boleh berinteraksi dengan pemandu bot semasa taklimat. Dan dulu juga ada cameraman yang akan snap gambar kita sekeluarga dan gambar tu akan di print. Jika mahu, kita boleh membelinya. Harga boleh tahan mahal juga. Tapi di Jeti Taman Herba tiada perkhidmatan begini. Selamat duit haha...

Di sepanjang sungai kita boleh lihat pelbagai tarikan menarik seperti Kg Morten, bangunan-bangunan bersejarah seperti Stadhuys, mural cantik yang dilukis di kiri kanan dinding bangunan berhampiran sungai dan juga haiwan seperti burung. Kalau mata tajam, pasti nampak biawak bertenggek di atas pokok di tepi sungai. Besar saiznya! Kalau tak nak naik bot waktu siang, boleh juga naik bot pada waktu malam. Katanya lagi cantik dengan limpahan cahaya lampu berwarna-warni.




Bot akan u-turn di sini. Ada satu hotel terkenal di sini, lupa nama 😅

Dari Taman Herba kami ke hotel. Sampai di hotel sekitar jam 1.30. Kami dimaklumkan oleh staf front desk, pukul 2 baru boleh check in. Patutlah ramai guests di lobi. Semuanya menunggu untuk check in. First experience ni kena tunggu betul-betul pukul 2 baru boleh check in. Hotel mana tu? Nanti Ummi share...

Monday, 28 October 2019

Kari Ayam Sama Betik Muda


Ada satu malam tu, sedang Ummi membantu Abang mengulangkaji pelajarannya, tiba-tiba terdengar siulan angin yang sangat kuat di luar rumah. Bila menjenguk di tingkap, hujan sedang mencurah-curah disusuli angin kencang. Dah kira kategori ribut ni.

Ummi terus ke muka pintu, perhatikan suasana 'havoc' di luar. Gusar juga memikirkan keselamatan keluarga dan jiran tetangga. Dalam hati memang tak putus-putus berdoa agar semuanya baik dan selamat. Alhamdulillah selepas setengah jam agaknya, angin kencang mula reda. Lega hati Ummi.

Esok paginya, Ummi lihat kesan ribut semalam. Ada pokok tumbang dan dahan patah menyembah bumi. Pokok tebu dan bendi Tok di belakang rumah pun rebah juga.

Tak lama kemudian, jiran Ummi Kak Leha telefon. Pokok betiknya tumbang juga. Ada betik muda kalau nak katanya. Wah, rezeki ni. Betik muda boleh di rebus buat ulam atau pun dimasak kari bersama ikan atau ayam.

Di kampung Ummi dulu kalau ada kenduri-kendara selalu juga juadah ni disediakan. Dimasak beramai-ramai secara bergotong royong. Selain betik, boleh juga diganti dengan buah kundur. Kebiasaannya betik dan kundur ni memang ditanam oleh orang kampung jadi sentiasa ada bekalannya. Kadang tu bukan kepunyaan tuan rumah pun, tapi ada jiran yang sedekahkan untuk turut sama berkenduri.

Cara memasaknya sama seperti kari ayam biasa cuma lebihkan kuahnya agar lebih cair. Tak perlu letak kerisik pun. Tapi jangan pandang rendah dengan betik muda ni ye. Dia punya keras tu bila rebus, susah nak bincang haha... Patutlah Ummi selalu perasan lama benar Tok rebus betik muda ni kalau nak dibuat ulam.


Ummi masak guna Noxxa. Mula-mula tumis rempah, bawang, daun kari dan serbuk kari semua hingga wangi. Kemudian masukkan ayam dan secawan air. Kemudian Ummi HP 7 minit. Bila dah bunyi beep tu dengan confidentnya Ummi masukkan santan dan betik. Tukar mode stir fry. Selalu kalau campur kenyang Ummi buat begini juga sebab taknak kentang tu terlalu empuk jika di 'HP' bersama ayam. Selalunya dalam 10 minit tu dah empuk dah kentangnya. Berbeza dengan betik ni, 10 minit dah berlalu masih maintain kerasnya. Ayam Ummi pula dah makin lembut. Sebelum ayam hancur, Ummi keluarkan ayam tu. Kemudian Ummi guna mode HP semula untuk betik sahaja selama 5 minit. Barulah lembut betik Ummi tu :) Takpa, next time dah tahu :) 

[Mental Note: Masukkan terus betik bersama ayam sedari mula dan masak secara HP selama 7 minit.]
Orang berbudi kita berbahasa
Sebekas untuk tuan tanah :) 

Cuba tau!

Ini pun dari kebun Kak Leha juga, ubi kayu. Ummi rebus je. Lepas tu buat lempeng dan sambal bilis. Regukan dengan Kopi O. Nikmat!