Thursday, 8 October 2026

Adik | Selesai Matriks T4 🤲🏻

Alhamdulillah selesai sudah 2 hari yang menekan dan mendebarkan. Tekanan tu lebih dirasai oleh ibu bapa (lebih tepat para ibu) calon Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4). Almaklumlah MPT4 ni baru pertama kali diperkenalkan; belum ada tanda aras, belum ada contoh kertas soalan untuk rujukan dsbnya. 

Jadual peperiksaan. 

Alhamdulillah Adik tenang-tenang aja untuk kedua-dua hari. Yang tak relaks tu Ummi 🫣

Seminggu sebelum peperiksaan sebenar, sekolah adakan ujian Pra-Matriks T4. Tujuannya nak biasakan murid-murid Tahun 4 dengan suasana peperiksaan sebenar. Sebelum ni batch Adik ni tak pernah ambil exam dalam dewan sekolah, hanya dikelas masing-masing. Bila dalam dewan ni, rasalah aura exam tu. 

Untuk UASA nanti 4 subjek ni dah tak payah exam. Cuma tak pasti result mana yang akan diambil kira; pra MPT4 atau MPT4. Jangkaan keluar result MPT4 ni pun belum dimaklumkan. 

Hari pertama dia bawak bekal roti. 
Adik rosau takut tak sempat beli makanan di kantin 😅

Hari pertama tu dia balik sekolah lapar. 
Ummi pun masaklah lauk kegemaran dia, beli jiwa :) 

Ni nota masa bengkel teknik menjawab salah MPT4. Sekolah anjurkan, sama macam persediaan untuk UPKK dan PSRA. Agaknya pihak sekolah pun risau, sebab pengalaman pertama murid-murid ambil MPT4. Bukan kita as parents ja risau, cikgu-cikgu pun sama juga kan. Semua nak tengok anak-anak berjaya. 

Bab ulangkaji pula, Adik banyak buat latihan dari akhbar Didik.

Untuk soalan ni dia jawab ikut cara cikgu ajar tapi jawapannya salah. 

Ummi pula tak reti nak ajar cara begitu. Jadi, kita ajar cara old school ni, buat timeline. Anak nak exam, Ummi pun kena asah otak juga 🤭

Sebenarnya MPT4 ni bukanlah untuk perbandingan antara murid/sekolah tapi untuk kenalpasti kelemahan murid supaya intervensi awal dapat dilakukan. Tapi, dah namanya exam, tidak dapat tidak mestilah risau 🙃

Apapun alhamdulillah selesai dah MPT4. Rehat sekejap minggu depan, lepas tu UASA pula menyusul. Begitulah. 


24 comments:

  1. Alhamdulillah, yg kertas BI tu kontroversi jugak kan? ramai sy tgk kwn² guru dan parents cakap x seperti yg diramalkan.. apapun ini bkn exam besar, x apa.. insya allah flying color adik tu nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye BI tu ada isu sikit. Tapi kita tenang tenang aje la Kakmim, benda dah lepas 😌

      Delete
  2. Alhamdulillah dh selesai MPT4.. Next UASA plak

    ReplyDelete
  3. semoga berjaya...mencabar juga tu .harap adik beroleh kejayaan cemerlang.

    ReplyDelete
  4. semoga tahap anak puan berada pada tahap yg bagus. x perlu bimbang kerana ini ujian ini x sesetress spt UPSR dulu2...

    ReplyDelete
  5. Bila dengar Matriks ni auto teringat Matrikulasi. Perkataan baru ni time Dania tak ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunyi sama je kan...
      Baru tahun ni dipermudahkan Ezna, utk murid-murid Tahun 4 seluruh negara. Lebih kpd menilai tahap kebolehan serta kenalpasti kelemahan murid-murid dlm 4 subjek teras ni. Dapatannya akan digunakan utk intervensi awal sekiranya perlu.

      Delete
  6. Sama macam sis Ezna, saya pun ingat Matrikulasi bila baca Matriks 🤭 awalnya adik nak masuk Matriks hihi. Tapi sebenarnya saya pun baru tau pasal MPT4 ni. Ujian ni utk pelajar darjah 4 je atau setiap darjah ada ujian matrikulasi ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahulah kenapa namanya Matriks juga :)

      Utk murid-murid Tahun 4 shj. Tahun ni tahun pertama diperkenalkan. Kiranya batch Adik ni batch sulong MPT4.

      Delete
  7. Kalau tak kerana dua orang anak sedara saya amik MPT4 ni, saya tak tahu pun kewujudan peperiksaan gini 😄

    Betul, dah namanya exam mestilah ada rasa risau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru tahun ni diperkenalkan PU. Itu yg agak risau sbb belum ada benchmark :)

      Delete
  8. Alhamdulillah...semoga Adik terus cemerlang

    ReplyDelete
  9. Bagus bila ada exam begini jadi anak² boleh cabar diri sendiri dan parents boleh tau kemampuan anak di tahap mana. Cuma makpak tak relax lah🫣

    ReplyDelete
  10. Tak tahu la nak cakap macam mana.. kak M biasa la.. semua ok je, tunggu la result apa yang keluar nanti tu..

    ReplyDelete
  11. Tapi Alhamdulillah dah selesai ya kak.

    Memang pastinya mendebarkan.. apalagi ini batch pertama pula. Syukurlah adik tenang saja.

    ReplyDelete
  12. rasa mcm first time dgr psl MPT4 ni....errr sblm2 ni dh ada ker...mcm my razeen tak de amik pun exam ni masa dia djh 4 (ker i yg tak perasan hahhah)

    ReplyDelete
  13. All the best adik..wah jeles aunty SA dia dapat chicken buttermilk tu....mesti bertambah makan kan...

    ReplyDelete
  14. ammi kalau bab masa ni, ammi selalu akan ajar anak convert o 24hrs system..senang sikit nak kira. my BIL dulu masa dia darjah 3 or 4 (this was back in late 90s or earlier 2000)...ada juga sistem matriks gini. tu yang dia dapat lompat kelas. so dia skip 1 tahun. org lain spm 17 tahun dia 16 tahun dah selesai. pastu by 17 dah sampai Rusia.

    ReplyDelete