Friday, 16 January 2026

Lunch @ D Bendang Nasi Campur, Langkawi


Trip ke Langkawi kali ni takde agenda food hunting atau cafe hunting. Main terjah je mana² kedai yang nampak menarik. 

Salah satunya D Bendang Nasi Campur ni. Ummi tak ingat lokasinya secara repeat, tapi tak jauh dari roundabout Ayer Hangat. 

Kedai kampung biasa je
Tapi, masakannya luar biasa sedap πŸ‘πŸ» 

Pilihan Ummi semestinya ikan...
Kali ni ambil kari ikan tenggiri beserta ulam² dan sambal belacan. Dah nikmat sangat dah ni ... 

Ini pinggan Walid.
Walid jenis suka ambil itu sikit, ini sikit. Beza dengan Ummi yang suka fokus kepada 1 jenis lauk je. Tapi of course la cuit² juga lauk Walid :D 

Ini pilihan Abang, Angah dan Kakak. 
Adik mengantuk, tak nak makan. Tapau nasi dengan ayam goreng. Minuman air kosong. Masa nak balik tapau 2-3 jenis air manis. Harga keseluruhan RM68.00. 

Ada jual kuih muih tradisional juga. 
Dalam balang belakang tu kuih sagon. Nak makan kena hati², jangan bercakap nanti tersembur habis πŸ˜…

Roti krim lejen ni dulu boleh dikatakan makanan harian Ummi masa rehat. Harga 30 sen je, kira² 20 tahun dulu (time Ummi sekolah menengah). Beli air sirap 20 sen, makan bersama roti krim ni. Sekarang harganya RM1. Ummi beli 2-3 bungkus. 

Alhamdulillah, kenyang. 
Jom teruskan lagi perjalanan... 

23 comments:

  1. Roti krim zaman saya kecik2 tu pernah juga jumpa. Lepas tu airmata jatuh je sebab teringat pernah makan masa kecik2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala, nostalgia betul tu 😌
      Sekarang jarang jumpa di sini. Tapi di Kedah masih banyak kedai jual. Di Pekan Rabu pun ada...

      Delete
  2. Ada kue semprit juga yaaa 😍.

    Saya lihat menu yg kakak makan, ada ulam pula, lapar lagi perut 🀣🀣🀣.agaknya kalau saya ke Langkawi berapa harilah di sana supaya puas kan πŸ˜„.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuih kapit tu Fanny...
      Make sure not less than a week ya fanny, baru puashati hehe

      Delete
  3. Walid tu memang macam sama perangai dengan PI la, PH. Jenis suka ambil lauk sikit², kita sama dengan PH fokus pada satu lauk aje. Selalu gerai2 macam ni la sedap masakannya berbanding dengan restoran 5 star. Penat main la anak² tu sampai mengantuk kurang selera nak makan, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah boleh geng la depa tu SK :D
      Adik penat nak tidur sampai makan pun tak nak hihi

      Delete
  4. Biasanya memang begitu, kalau tempat makan yang nampak biasa saja dari luar, makanannya selalunya memang sedap-sedap ya, mbak.
    Bila lihat rotinya, jadi teringat snek saya waktu kecil dulu, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar. Jangan underestimate kedai biasa² begini kan mas

      Delete
  5. Ada lagi roti legend tu ye. Lama tak nampak dulu pakcik naik motor jual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak banyak tempat dah jual tapi di Kedah masih boleh jumpa di kedai² kampung gini. Di Pekan Rabu Alor Star pun ada.

      Delete
  6. Kita makan juga roti krim legend tu. Tapi india jual roti naik basikal yang jual. Haha... Nostalgia sungguh.
    Best makan nasi campur di kedai makan kampung macam tu. Nampak sedap lauk² nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di kampung sy takde orang jual roti, aiskrim ada la dulu². Lari kejar motor pakcik tu πŸ˜‚

      Alhamdulillah sedap² belaka Nur

      Delete
  7. kedai nmpk biasa tp rasa luar biasa cmni lg puas hati mkn kan PH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ana... Vibe kampung tu pun buat lagi selera makan

      Delete
  8. Selalunya, kedai kampung memang sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Linda... Jangan underestimate la kan

      Delete
  9. aishh sedapnya menu kampung cmni. rasa nak tambah lagi je.
    legend betul roti krim tu. sekarang uncle yg selalu jual naik motor kat area rumah saya tu macam dah tak lalu pulak..

    ReplyDelete
  10. Roti lejen ni selalu dapat kat Dewan Makan. Lejen sangat ni..

    ReplyDelete
  11. Roti krim tu mmg legend kan...sedapnya...agaknya berapa la harga sekarang ye...

    ReplyDelete
  12. Kedai kampung biasa biasanya masakan dia sedap walau nampak simple.
    Roti krim tu memang lejen.

    ReplyDelete